Monday, December 3, 2012

Sinopsis Episode 7 (3 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis



Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB

Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau


Judul : Aliya
Episode : Global

Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa

Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB


Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)

Sambungan sinopsis Aliya Episode 7 pada 3 Disember 2012

Aliya menjenguk Faris di penjara tetapi dia enggan mengaku yang dia sedang sakit. Faris tidak bermaya untuk berjalan ke arah Aliya kerana badannya terlalu lemah. Kata Faris dia cuma tergelincir. Sambil berlinangan air mata, Aliya menyuapkan makanan buat Faris.

Di rumah sakit, doktor memberitahu ahli keluarga Mutia yang kondisi Mutia semakin stabil. Namun mereka harus perhatikan Mutia beberapa hari lagi untuk mengetahui apakah dia sudah boleh pulang ke rumah atau tidak. Diya meminta kebenaran untuk menjalani rawatan di rumah sahaja kerana biayanya semakin bertambah. Tetapi menurut doktor biayanya sudah dijelaskan. Mutia dan Diya terkejut apabila mengetahui yang semua biaya rawatan sudah dilunaskan.

Mutia tahu Aliya bercakap bohong apabila Aliya mengaku dia yang telah melunaskan biaya rawatan mamanya di rumah sakit. Diya minta Mutia jangan berkasar seperti itu tetapi menurut Mutia mana mungkin Aliya dapat melunaskannya memandangkan jumlahnya begitu besar sebanyak 30 juta dan Aliya cuma seorang pelyan hotel. Dari mana dia mendapat wang sebanyak itu. Mutia tidak mempercayai Aliya.

Mutia mengesyaki ada seseorang yang meminjam wang tersebut pada Aliya. Aliya tidak terjawab pertanyaan Mutia. Mutia memaksa Aliya memberitahunya siapa orangnya.
Mutia: Siapa orangnya yang berani kasi pinjam uang itu atau jangan-jangan perempuan itu yang kasi uang itu, iya?
Anjar tanya Mutia siapa orangnya. Jawab Mutia siapa lagi kalau bukan Shinta, perempuan simpanannya.
Mutia terus memarahi Aliya yang berani mempermalukannya di depan wanita itu. Mutia mahu tahu apakah Aliya itu sebenarnya anaknya atau bukan. Aliya terus menangis. Anjar tidak mahu Mutia marah-marah sama Aliya lagi. Kata Anjar seharusnya mereka berterima kasih dan bukan berasa marah seperti itu kerana dia telah membantu. Mutia terus tanya Anjar sekarang dia itu membela Aliya atau Shinta.

Anjar tidak membela siapa-siapa cuma dia tidak suka Mutia bersikap kasar sama Aliya. Selama ini Aliya tidak pernah mengerti perasaan Mutia kerana dia... Belum sempat Anjar menghabiskan kata-katanya, Diya tidak mahu mereka melanjutkan perkara itu lagi. Diya menasihati Mutia yang baru dioperasi kalau jahitannya terbuka biayanya makin bertambah. Diya memanggil Anjar katanya dia ada sesuatu yang ingin dicakapkan pada Anjar. Mutia tanya Aliya kenapa dia berdiri di situ, disuruhnya Aliya keluar. Kata Mutia dia muak melihat muka Aliya. Mutia terus menghalau Aliya keluar.

Di luar, Diya menegur Anjar kenapa dia harus bertengkar dengan Mutia sedangkan Mutia belum sembuh lagi.  Anjar minta maaf pada Diya. Dia cuma tidak tahan dengan sikap Mutia Selama ini Anjar telah sabar dan mengerti tetapi Mutia tidak pernah berubah. Diya cuma tidak mahu Anjar tersilap cakap. Diya tanya apa yang difikirkannya sewaktu dia bercakap begitu. Diya tanya apakah Anjar sengaja mahu rahsia itu terbongkar lalu Mutia tertekan. Anjar menafikan semua itu cuma dia tidak suka Mutia terus bersikap kasar dengan Aliya. Anjar ingin Mutia bersikap lembut pada Aliya walaupun Aliya bukan anak mereka.

Hati Aliya hancur apabila dia mendapat tahu yang dia bukannya anak kandung mama dan papanya. Dia menangis lari meninggalkan rumah sakit. Anjar mengejar Aliya dan memberitahu Aliya perkara sebenarnya. Kata Anjar pada Aliya sebenarnya mamanya juga belum mengetahui hal itu. Anjar mohon pada Aliya agar merahsiakan semua itu daripada mamanya.

Hendri terkenang semula dia nampak Atikah tetapi tidak sempat mengejarnya. Hendri melihat semula gambar Atikah bersamanya. Dana muncul. Kata Dana dia harus buru-buru untuk melihat hasil test DNA. Mereka pergi ke rumah sakit untuk mengetahuinya. Winda mahu Hendri buka saja hasil testnya dan ternyata hasilnya adalah bayi yang dikandung Marina bukan bayi Dana.

Hendri mendapat tahu yang DNA janin dalam kandungan Marina tidak cocok. Marina tidak percaya semua itu dan dia terus mahu Hendri dan Dana itu adalah darah daging Dana. Hendri dan Dana beredar dari rumah sakit tidak mahu mempercayai Marina.

Winda menampar Marina kerana dia juga menyangka Marina membohonginya. Tanya Winda sudah berapa ramai lelaki yang telah meniduri Marina. Dia mahu Marina uruskan dirinya sendiri. Winda menghalau Marina. Marina pergi menemui Dana dan dia merayu Dana untuk bertanggung jawab tetapi Dana enggan dan dia kata bukan urusannya kalau Marina dihalau oleh mamanya. Marina terjatuh dan pengsan.

Gisha ternampak Marina yang pengsan itu lalu dibawanya ke rumah sakit. Gisha memberitahu Marina tadinya dia pengsan dan juga mengalami pendarahan juga. Marina menangis dan Gisha tanya apakah Marina telah memberiahu ayahnya. Marina memberitahu Gisha dia tidak boleh pulang kerana diusir mamanya.

Gisha mengajak Marina tinggal di biliknya sahaja. Marina ikut Gisha pulang dan di kamar Marina menjumpai gambar dia bersama Gilang. Ini memberi idea pada Marina. Marina bercadang untuk menganggap Gilang sebagai ayah kepada bayi dalam kandungannya.

Atikah mendapat tahu dia cuma dapat hidup selama enam hingga setahun lagi sahaja. Atikah pergi ke hotel Hendri tetapi dihalau oleh Ibu Puspa, ibunya Hendri. Atikah yang sedang tenat pengsan dan kebetulan Aliya lalu di situ. Aliya mahu menghantar Atikah pergi ke klinik berdekatan hotel itu tetapi Atikah enggan. Aliya menjumpai kalung Gisha tetapi dia tidak tahu kalung itu kepunyaan siapa.

Marina muncul di rumah Wisnu. Shita hairan kenapa dia membawa beg bersamanya. Marina mengaku dia mengandungkan anak Gilang. Shinta tanya bila masanya dia berduaan dengan Gilang kerana selama ini Gilang berada di Amerika pada waktu Marina mengandung. Marina berbohong yang dia pergi ke Amerika. Setelah dia pulang dari Amerika dia terus ditimpa kemalangan. Shinta tanya bila masa dia bersama Marina pula. Kata Marina semua itu terjadi dua bulan yang lalu ketika dia pergi ke tempat Gilang. Marina menunjukkan foto dia bersama Gila di Amerika sebagai bukti. Shinta tanya apakah foto itu asli. Apabila Shinta hampir tahu Marina berbohong tetapi Wisnu pula berpihak pada Marina mengatakan dia yang telah membeli tiket untuk Marina ke sana.

Marina harap Shinta dan Wisnu boleh membantunya kerana dia malu hendak keluar dengan perutnya yang semakin membesar. Wisnu membenarkan Marina menginap di hotelnya sementara waktu.

Shinta marahkan Wisnu dan tanya padanya kenapa dia membeli tiket untuk Marina ke Amerika. Kenapa Wisnu suruh Marina tinggal bersama Gilang tanpa pengawasan mereka dan juga tanpa pengetahuan Shinta lagi. Menurut Wisnu, Winda terus mendesaknya apa yang harus dicakapkan Wisnu.Wisnu masih ingat ketika arwah suami Winda telah selamatkan nyawanya. Jawab Shinta dia tahu tetapi Shinta minta Wisnu janganlah sampai percayakan kata-kata Shinta itu. Kata Wisnu mereka kan sudah merancang untuk menjodohkan Gilang dengan Marina. Sambung Shinta, mereka cuma merancang belum tentu ia akan jadi. Mereka boleh menikah tetapi bukan dalam keadaan hamil. Belum tentu Gilang mahu bertanggungjawab kalau dia masih hidup kerana belum tentu Gilang yang melakukannya. Namun sambung Wisnu, Marina bilang Gilang yang menghamili dia.

Shinta tidak mahu Wisnu mempercayainya begitu sahaja kerana Shinta telah mendidik Gilang dengan baik. Gilang tidak mungkin melanggar aturan agama. Dia tak merokok pun apa lagi berlaku tak sopan pada perempuan, begitulah percayanya Shinta terhadap anak mereka, Gilang. Shinta faham benar sikap Gilang. Tetapi menurut Wisnu bukankah Gilang tinggal di Amerika. Dia tanya Shinta apakah dia tahu gaya hidup di sana. Jawab Shinta dia tahu tetapi itu tidak tentukan apa-apa. Daripada mereka terus bertengkar, Shinta mahu Marina lakukan test DNA.

Gisha pulang keletihan. Atikah tanya kenapa dia tidak menginap sahaja di rumah sewanya sahaja. Gisha jelaskan pada ibunya dia pinjam tempatnya pada temannya jadi dia pulang ke rumah. Atikah tanya di mana perginya kalung Gisha. Gisha baru mendapat tahu kalungnya hilang. Gisha janji akan terus cari kalung itu kerana kalung itu sangat penting buat ibunya.

Di kamar, Aliya terus fikirkan kepunyaan siapa kalung yang dijumpainya itu. Aliya hairan kenapa dia rasakan seperti dia pernah memiliki kalung itu tetapi Aliya tidak ingat di mana.

Di penjara, Faris tidak sembuh-sembuh dan terus sakit. Faris kesejukan. 

Shinta mahu Marina melakukan test DNA. Marina panik dan dia terus menangis apakah separah itu nasib seorang wanita yang dihamili orang. Tiada yang bertanggungjawab tiada yang percaya. Marina lalu mengingatkan Wisnu dia anak Pak Daya. Kata Marina Wisnu pernah diselamatkan oleh papanya. Gara-gara menyelamatkan Wisnu, papanya meninggal. Sekarang pula, kata Marina, Wisnu sanggup menuduh dia sebagai pembohong. Sambung Marina dalam tangisan, dia seorang anak yang tidak mempunyai papa lagi. Kata Marina lagi seandainya papanya masih hidup tentu dia pasti sedih sangat.

Akhirnya Wisnu terpaksa mengalah dan berkata dia percayakan Marina dan diajaknya Marina untuk tinggal bersama mereka. Shitan terkejut dengan keputusan suaminya itu. Wisnu memberitahu Marina mereka akan bertanggungjawab atas anak dalam kandungan Marina. Marina berterima kasih apda Wisnu yang telah membenarkannya tinggal di sana. Marina minta keizinan untuk kemaskan barang-barangnya di hotel.

Shinta tanya Wisnu kenapa Wisnu terima begitu sahaja. Bukankah perjanjiannya dia harus lakukan test DNA dahulu. Kalau positif baru mereka terima tetapi jawab Wisnu dia tidak sanggup lakukannya. Apa lagi dia sebut tentang arwah ayahnya jadi tak mungkin Wisnu tak tolong. Sampai  bilapun Wisnu akan selalu berhutang nyawa pada arwah ayahnya. Wisnu mahu Shinta terima saja, katanya kasihan Marina itu. Bagaimana kalau dia mengandungkan anak Gilang. Kita kan berdosa tak bertanggungjawab nanti.

Shinta menemui Aliya dan memberitahu Aliya apa yang telah berlaku antara Marina dan Gilang. Aliya terkejut mendengar khabar yang mengatakan Marina telah mengandungkan anak Gilang. Hati Aliya bagaikan retak dan Aliya terus menangis kesedihan. Shinta memujuk Aliya agar jangan menangis. Shinta minta maaf pada Aliya kerana dia juga tidak menyangka tetapi Marina menyangka seperti itu. Kata Marina dia ke Amerika dua bulan yang lalu. Di sana kejadiannya.

Di penghujung episode, Marina muncul di rumah mamanya lalu memberitahu mamanya yang masalahnya sudah beres. Winda tanya Marina beres gimana apakah Dana mahu bertanggungjawab atas kandungan Marina. Tetapi jawab Marina dia tidak perlukan Dana lagi kerana sudah ada orang lain yang bertanggungjawab. Tanya Winda siapa?  Jawab Marina, Tante Shinta dan Om Wisnu. Episode 7 berakhir dengan Winda yang masih kurang percaya tentang apa yang baru didengarnya...

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Sinetron Aliya Episode 7

Sinetron Aliya Episode 7 Part 1

Sinetron Aliya Episode 7 Part 2

Sinetron Aliya Episode 7 Part 3

Sinetron Aliya Episode 7 Part 4-4

sumber sinopsis mulai Episode 1
(Special thanks and credits to/Terima kasih dan kredit diberikan kepada: dinna:
http://niazuramaria.blogspot.com/
 http://pangeran229.wordpress.com/ dan lain-lain

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Sinopsis Episode 47 - Layar Drama Indonesia: Separuh Aku mula menemui penonton pada 15 Oktober 2012 setiap hari pukul 19.00 WIB di RCTI

 Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)

Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's

Pemain Separuh Aku:

Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan

Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan  sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka   - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai    Sudiro  - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai  Andien - (Keponakan Rama)


 Sambungan kisah Mega Sinetron Separuh Aku Episode 47

Dennis memberitahu Adara ada Rama di situ. Dalam hati Adara dia berkata tidak boleh sampai ada orang yang tahu dia mengenali orang katering sepertinya.

Rama ternampak Adara dan ditanya Rama dia mengendalikan katering di sana.? Adara cuma berdiam diri. Hati Maya berasa lega melihat Adara.

Dia mahu Adara tahu bagaimana perasaannya di situ bila Rama adalah seorang pimpinan sebuah perusahaan pernerbitan mana mungkin bisa akan bersama Adara yang cuma seorang penjual kueh. Adara terpaksa berjauhan dengan Rama di situ dan terus menjalankan tugasnya. Suara hatinya meminta maaf pada Rama. Dia tidak mahu Rama merendahkan diri pada para petinggi di situ.

Rama mahu menghantar Adara pulang setelah acara selesai tetapi Dennis tidak membenarkannya dan berkata dia saja yang menghantar Adara pulang.  Kata Dennis Adara datang sama-samanya dan seharusnya dia juga pulang sama-sama dia. Rama menerangkan pada Adara sekiranya Dennis hantar pulang dia terpaksa memutar-mutar untuk menghantarnya tetapi bukankah sehala menuju ke rumahnya dengan Adara.Namun Dennis tetap berkata semua itu tidak mendatangkan masalah padanya. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menghantar Adara. Akhirnya Adara memilih untuk mengikut Dennis kerana dia terpaksa membereskan kerja menghantar perkakas dan barang-barang terlebih dahulu.

Rama hairan apabila Maya tidak mengajak dia pulang bersamanya. Maya bersikap tidak seperti kebiasaannya. Selalunya Maya juga ada membawa mobil tetapi dia mahu Rama menghantarnya padahal kali ini tidak. Rama fikirkan apakah Maya sudah berubah. Terus mengikuti Separuh Aku dalam babak-babak seterusnya.

Pak Sandy menunjukkan projek untuk membangun hotel bintang 5 dan rumah elite pada Rama dengan tujuan untuk memberi tanggungjawab pada Rama untuk mengendalikan projek tersebut kerana dia mengetahui Rama adalah seorang yang suka menerima cabaran dan suka diberi tanggungjawab yang besar dan kedua-duanya Pak Sandy ingin berikan padanya. Pak Sandy harap Rama tidak akan menolak kesempatan seperti itu.

Namun dalam hati Rama dia benar-benar bingung tentang perubahan sikap Pak Sandy terhadapnya. Memandangkan Rama tidak memberi persetujuan untuk tawaran Pak Sandy, dia memberi waktu untuk Rama mempertimbankan hal itu tetapi dimintanya agar tidak membiarkannya menunggu lama untuk jawapannya.

Dalam perjalanan Rama berfikir yang Adara akan berasa senang sekiranya dia mengajaknya menonton filem "Cinta". Pada waktu yang sama juga Dennis juga ternampak poster filem tersebut dan dia ingin mengajak Adara menontonnya.

Rama menelefon Adara mengajaknya menonton filem tersebut. Tetapi Adara belum sempat untuk memberi jawapan pada Rama dan dia terus menerima panggilan daripada pelanggan untuk memesan kueh daripadanya. Adara hairan dia belum berkata apa-apa dengan Rama dan Rama telah mengucapkan terima kasih padanya dan mematikan panggilan. Adara berkata pada dirinya lagi yang situasi itu membuat dia pusing saja.

Dennis terus ke warungnya dan mengajak Adara perti menonton bersamanya. Tanpa berfikir, Adara terus menjawab "Iya bisa nanti" Apakah jawapan itu ditujukan pada Dennis menunjukkan dia tahu apa yang baru ditanya oleh Dennis ataupun dia menjawabnya kerana terlalu sibuk hingga tidak tahu apa yang dikatakannya tadi. Adara dapat rasakan yang kedua-dua Rama dan Dennis bersikap aneh pada hari itu. Adara teruskan kerjanya.Terus ikuti kisah Separuh Aku di babak-babak yang seterusnya.

Rama tanya Adara apakah dia sudah selesai kerja. Dennis muncul dan meninggikan suaranya pada Rama  yang memberitahunya yang dia ada temu janji dengan Adara pada malam itu untuk menonton filem romantis. Adara sedikit hairan mendengar kata-kata Dennis. Dennis dan Rama bertengkar tentang siapa yang telah ajak Adara terlebih dahulu. Apabila Rama beritahu niatnya, Adara memberitahu Rama yang dia sendiri bingung apabila Rama terus mengucapkan terima kasih padanya sebelum dia menjawab apa-apa. Dennis pula suruh Rama pulang saja dan mengaja keponakannya menonton sementara dia akan menonton bersama Adara. Menurut Dennis pula dia dah ketemu langsung dan mengajak Adara, Adara kata okey. Adara menafikan yang dia pernah terima ajakan Dennis. Kedua-dua Dennis dan Rama menarik-narik tangan Adara. Adara terus meninggalkan mereka berdua di warung itu.

Oki mencadangkan pada Dennis dan Rama untuk mengadakan dual balap lari. Yang menang baru boleh bawa Adara.  Rama kata dia pasti menang namun sambung Dennis pula kakinya panjang.Tetapi menurut Rama kaki panjang tidak ada gunanya. Oki tidak mahu mereka bertengkar lagi. Dennis memberitahu Adara tujuan mereka ke situ. Mereka akan dual dan sesiapa yang kalah harus ikhlaskan Adara. Adara menerenung wajah mereka berdua. Adara tidak setuju dengan cadangan mereka itu. Katanya dia itu manusia yang punya perasaan bukannya barang. Namun tiba-tiba pula muncul Sudiro dan menyetujui cadangan Dennis dan Rama. Menurut Sudiro itu merupakan idea yang bagus.Sudiro juga mempunyai cadangan lain iaitu siapa yang memberinya duit yang lebih akan menang.  Adara marah-marahkan abahnya dan kata apakah abahnya anggapkan dia sebagai barang dagangan.

Rama menerima panggilan daripada Pak Sandy:
Rama: Hello iya Pak Sandy. Ada yang bisa saya bantu, pak?
Pak Sandy: Rama, bagaimana? Kamu sudah pikirkan soal tawaran saya kemarin untuk menjalankan proyek saya?
Rama: Ya, itu yang saya pikirin tapi arr...

Suara latar Sudiro mengatakan: "
"Memang wajar kalau seorang anak kasi uang sama orang tuanya. Iya kan? Wajar dong. Lagian kamu kan suka sama dua-duanya"
Adara marah-marah pada abahnya dan terus menjawab yang dia tidak setuju dan tidak mahu dan kemudiannya pula Sudiro menjerit-jerit menjawab anaknya.Rama menyuruh mereka berdua diam hingga menyebabkan Pak Sandy salah faham tentang Rama.
Pak Sandy:  Rama, dengar baik-baik. Saya kan tanya ke kamu dengan baik-baik. Usah bentak-bentak begitu dong sama saya. Kalau misalnya kamu nggak setuju atau kamu menolak kamu bicara juga baik-baik dong. 
Rama: Maaf pak, saya bukan bentak bapak tapi ini di belakang saya berisik banget pak. Adas sedikit pedebatan, sedikit pak. Maaf pak. 
Pak Sandy akhirnya faham semua itu hanya salah pengertian saja.
Pak Sandy: Jadi apa jawaban kamu, saya masih menunggu. 
Rama:  Saya sanggup pak, pasti pak.
Pak Sandy: Bagus, itu jawaban yang saya tunggu-tunggu. Kalau begitu untuk detail selanjutnya kita bicaranya di kantor saja..  

Dual balap lari antara Rama dan Dennis dimulakan. Rama berlari dengan selaju yang boleh sementara Dennis asying menarik seluar "track bottomnya" yang longgar. Rama menang. Anak-anak ketawa melihat Dennis. Adara pula berasa bersyukur kerana akhirnya dia boleh lepas daripada Dennis. Tetapi Adara tidak faham dia berasa sedih melihat Dennis begitu.

Di rumah, mereka merayakan kemengangan Rama. Namun Adara masih memikirkan tentang Dennis. Rama dapat mengagak yang Adara ada sesuatu yang difikirkan Adara. Rama fikirkan apakah Adara tidak suka dia telah menang. Sudiro pula berkhayal yang dia tidak akan hidup susah lagi keana Rama yang akan menyambung semua biaya hidupnya.

Adara masih memikirkkan tentang dia yang berasa senang dengan kemenangan Rama sementara Dennis pula pasti sedih di sana.  Adara serba salah kerana dia mencintai Rama tetapi di sisi lain dia tidak mahu Dennis sampai terluka. Adara tahu mereka terpaksa melakukan itu agar mereka boleh bersatu tetapi Adara juga tetap tidak sedap hati memikirkannya. Begitu juga Rama dia tidak mahu sampai Dennis terluka dan sakit hati apa lagi gara-gara Rama. Rama tidak tahu hendak buat macam mana lagi. Dia bingung memikirkannya.

Di warung, Dennis dalam kesedihan dan berasa putus asa. Dia tanya pada dirinya buat apa dia berada di situ kerana tidak ada apa lagi yang dia perjuangka kerana sepertinya Adara lebih memilih Rama daripada diirinya.Dennis anggap yang dirinya tiada harapan lagi.Kalau Dennis pulang ke kampung pasti semuanya akan diketahui oleh teman-temannya dan apa lagi kalau pulang ke rumah papinya. Dia tidak mahu pulang ke rumah papinya kerana dia telah berjanji mahu mandiri. Dennis bingung apa yang harus dia lakukan kerana dia harus pergi dari semua itu.

Di kamar, Adara tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik terbayangkan wajah Dennis. Adara berdoa agar Dennis tidak melakukan sesuatu yang bodoh.

Dalam babak yang lain menceritakan Dennis sedar yang Adara bukan jodohnya walaupun dia begitu ingin untuk mendekatkan lagi dengan Adara. Dennis doakan sekiranya kalau Adara jodohnya pertemukanlah mereka dalam cinta. Tetapi kalau Adara bukan jodohnya, jodohkan mereka.

Adara nenerima surat daripada Dennis: Adara, entah kenapa yang ada di pikiranku itu cuma kamu.  Tapi sekarang aku gak tahu harus bagaimana lagi. Seolah-olah semua tidak mengharapkan keberadaanku lagi. Begitu pun saya dengan kamu, Adara. Aku akan pergi walau aku sendiri, tidak tahu harus pergi ke mana. Selamat tinggal Adara.

Adara menelefon Rama memberitahunya tentang Dennis mahu pergi setelah diletakkannya surat itu ke warung untuk Adara. Tetapi Dennis juga tidak tahu hendak pergi ke mana.

Ida memberitahu Eddy sambil menangis yang Dennis telah menghantar smsnya mengatakan dia pergi dan tidak mahu bertemu dengan mereka lagi. Ida mengulangi yang Dennis sudah pergi dari rumah.

Maya menerima panggilan daripada Bu Ida yang tanyakan Maya apakah dia tahu Dennis berada di mana. Bu Ida menjelaskan semuanya tentang Dennis pada Maya. Pak Eddy dan Bu Ida sampai di rumah Sudiro dan tanya di mana Adara berada. Menurut Pak Eddy gara-gara Adara anaknya hilang. Sudiro pula tidak peduli langsung tentang kehilangan Dennis dan sambungnya lagi Adara sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Adara kerana dia sudah mempunyai calon menantu yang jauh lebih baik daripada Dennis. Kata Sudiro sebelum ini dia sopan dan menurut kata-kata Pak Eddy kerana dia ingatkan yang Pak Eddy adalah calon besannya tetapi sekarang mereka putus hubungan. Mereka mula bergaduh.

Marni dan Bu Ida cuba mengelak dari pergaduhan itu terus berlaku. Adara dan Rama tiba tepat pada waktunya dan mereka berhentikan pergaduhan itu. Pak Eddy menuduh itu semua gara-gara Rama dan Adara yang menyebabkan kehilangan anaknya tetapi Sudiro suruh Pak Eddy jangan tuduh sebarangan tentang anaknya dan menyalahkan calon menantunya di depannya. Kata Pak Eddy pula dia tak akan pernah setuju mempunyai calon menantu serta calon besan seperti mereka.

Adara sudah tidak tahan dengan tingkah laku mereka berdua dan dia menangis-nangis masuk ke dalam.  Pak Eddy dan Bu Ida pergi dari rumah Sudiro. Adara memberitahu ibunya dia akan pulang ke kampung mencari Dennis sementara Rama juga akan tolong mencari Dennis juga. Adara yang sudah jemu mendengar abahnya yang selalu fikirkan dia nikah sahaja sementara mereka sedang fikirkan di mana perginya Dennis. Adara menangis lagi dan masuk ke kamarnya.

Bu Ida ke rumah Rama mahu bercakap sesuatu dengan Rama.
Bu Ida: Rama, kamu tahu kan kenapa Dennis melakukan ini?
Namun menurut Rama dia tidak tahu kerana dia tidak diberitahu Dennis tentang hal itu.
Bu Ida: Kamu jangan bohong, Rama. Kamu jangan pura-pura bodoh.  Kamu tahu kan kenapa Dennis melakukan ini karna kamu rebut Adara dari dia. Kamu tahu kan kalau hidup matinya hanya untuk Adara. Kenapa kamu tega rebut Adara dari Dennis. Rama tante mohon, tante mohon sekali kalau Dennis kembali, jangan ambil Adara dari Dennis, ya?
Rama juga perihatin tentang kehilangan Dennis, sambung Rama lagi. Rama juga risaukan di mana keberadaan Dennis. Rama berjanji akan bantu mencari Dennis kerana apa yang penting sekarang adalah Dennis selamat dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Dalam hati Rama, dia harap Bu Ida dapat maafkannya kerana walaupun dia prihatin pada Dennis tetapi di sudut yang lain dia masih belum dapat melepaskan Adara untuk Dennis.

Rama menerima panggilan daripada Pak Sandy untuk berbincang tentang proyek propertibnya.  Rama minta Pak Sandy tunggu sebentar sementara dia tanya Adara apakah dia membatalkan sahaja pertemuannya dengan Pak Sandy. Namun Adara tidak setuju Rama berbuat demikian kerana walau bagaimana pun Pak Sandy adalah pemilik saham di perusahaan Rama. Adara akan pulang ke kampung sendirian dan katanya pada Rama kalau dia tidak ikut bersamanya ke kampung, Rama boleh menjaga anak-anak. Rama memberitahu Pak Sandy yang dia akan segera ke kantor untuk perbincangan selanjutnya.

Dennis berada di sebuah mesjid. Dalam hatinya dia berfikir apakah dia termasuk dalam orang yang sesat. Kata Dennis dia harus tanya pada Pak Ustaz kerana dia tidak tahu bagaimana lagi. Dennis mengeluarkan kalendar sambil menatapnya dia menangis. Beberapa anak-anak yang juga berada di sana duduk di samping Dennis juga bersimpati dengan keadaan Dennis walaupun mereka tidak tahu masalahnya.

Di kantor, Pak Sandy dan Rama membincangkan tentang proyek baru mereka. Menurut Pak Sandy dia akan menyediakan satu perusahaan interior design dan juga akitek terbaiknya untuk membantu Rama. Rama mengucapkan terima kasih pada Pak Sandy atas semuanya dan dia pasti tidak akan mengecewakan Pak Sandy.

Pak Sandy menelefon Maya kerana dia mahu Maya membantu Rama dalam proyek properti yang Pak Sandy serahkan untuk Rama. Tetapi Pak Sandy mahu Maya terus bersikap profesional. Jangan sampai terbawa-bawa urusan pribadi dengan Rama dan jangan kecewa papanya. Setelah panggilan dimatikan, Maya begitu yakin yang tidak lama lagi Rama akan menjadi miliknya.

Adara sedang perjalanan mahu ke kampung. Dia berharap semoga Dennis sememangnya ada di kampung jadi Adara dapat bertemu dengannya dan memberi semangat pada Dennis lagi.Marni menelefon Adara minta dia pulang ke rumah sebentar tetapi Adara memberitahu ibunya dia mahu menyusul Dennis ke kampung. Tetapi menurut Marni sebelum itu dia mahu Adara pulang ke rumah sebentar sahaja kerana ada sesuatu yang hendak dicakapkan ibunya. Adara hairan kenapa ibunya tidak mahu bercakap tentangnya semalam sebelum dia mahu pergi ke kampung.

Dennis tanya pada Pak Ustaz apa dia tergolong dalam orang yang sesat. Dennis menceritakan masalahnya pada Pak Ustaz bagaimana dia telah berusaha untuk mendapatkan cintanya Adara. Namun menurut Dennis dia selalu gagal malah dia sudah gagal untuk menikahi Adara sebanyak tiga kali. Pak Ustaz menerangkan pada Dennis yang dia mempunyai masalah perasaan. Kadang-kadang perasaan itu boleh membutakan jiwa seseorang. Namun kuncinya itu adalah sabar. Pak Ustaz juga terus memberitahu Dennis agar dia harus bersabar kalau Adara itu bukan jodohnya. Dennis diminta terus bersabar. Dennis menangis teresak-esak apabila dia menyedari yang Adara bukan jodohnya.Dennis juga tidak boleh berputus asa apa lagi Adara masih hidup dan belum meninggal dunia, Dennis harus berjuang dan berusaha sambung Pak Ustaz itu lagi. Namun Pak Ustaz tidak tahu samada Adara adalah jodoh Dennis atau bukan. Dennis harus terus berdoa sahaja. Apakah takdirnya akan berubah setelah Dennis terus berdoa nanti?

Di rumah Marni menasihati anaknya, Adara kenapa mereka tidak tunggu Dennis pulang ke sana sahaja daripada dia menyusul mencari Dennis di kampung. Siapa tahu nanti Dennis akan pulang dan dengan ini Adara tidak perlu ke sana. Adara risaukan keadaan Dennis kerana dia asyik memikirkannya, dia tidak mahu Dennis melakukan sesuatu yang bodoh nanti. Kata Marni lagi sewaktu dia berada di kampung mencari Dennis nanti, bagaimana dengan warung tersebut. Siapa yang akan menguruskannya. Bukankah kasihan Oki teman mereka itu harus uruskannya sendirian. Marni harap Adara dapat menunggu Dennis di Jakarta saja sementara dia juga boleh menjaga dan menguruskan warung tersebut. Namun Adara bingung.

Sudiro kata Adara tidak perlu bingung, malah disuruhnya Adara manfaatkan situasi itu dengan hal-hal yang berguna seperti memikat hatinya Rama daripada Rama jatuh ke tangan calon yang lain. Adara menegur abahnya yang tidak mempunyai perasaan. Masa kan Adara dapat bersenang-senang begitu sahaja padahal dia mengetahui yang Dennis itu dalam kesedihan. Kata Adara itu namanya bersenang-senang di atas kesedihan orang lain dan itu bukan Adara, itu abahnya.

Pak Eddy dan Bu Ida mahu menyusul Dennis ke kampung. Apabila Pak Eddy tanya Bu Ida apakah dia pasti Dennis berada di kampung, jawab Bu Ida ke mana lagi Dennis akan pergi.  Maya muncul sebelum itu dan minta mereka menelefon sanak saudara di kampung apakah Dennis berada di kampung sebelum mereka menyusul pergi. Pak Eddy membuat panggilan ke kampung. Tetapi tiada sebarang berita mengenai Dennis berada di kampung.

Suasana di warung sepi tanpa Dennis. Maya muncul dan beritahu Adara yang Dennis tidak pulang ke kampung. Kata Maya lagi dia mengetahui berita itu daripada orang tuanya Dennis setelah bertemu dengan mereka. Kata Maya, di mana pun Dennis berada sekarang, bayangan Adara pasti berada di fikiran Dennis. Adara tanya apa maksud Maya. Maya tanya Adara apakah dia sedar Dennis itu tidak akan balik ke situ lagi kalau bukan Adara yang minta dia balik. Adara setuju dengan pendapat Maya. Dia harus mencari Dennis hingga ketemu. Dalam hati Maya dia lega kerana dia berhasil yakinkan Adara dan dia mahu Adara terus mencari Dennis.

Kisah Separuh Aku bersambung lagi dalam Episode 48 nanti. Sekian sinopsis untuk kali ini. Bertemu lagi dalam episode seterusnya.

Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 pada 30 November 2012

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 1

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 2

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 3-3

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
  Channel
 MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by