Monday, April 13, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 213 YANG BERSIARAN PADA 13 APRIL 2009, ISNIN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 10 April 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 213



KLIP VIDEO OPENING TEMA BARU INTAN


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan

* Naysila Mirdad sebagai Intan
* Dude Harlino sebagai Rado
* Glenn Alinskie sebagai Ello
* Ingka Noverita sebagai Lila
* Meriam Bellina sebagai Nadine
* Anwar Fuady sebagai Arman
* Mathias Muchus sebagai Ardi
* Ninok Wiryono sebagai Kasih
* Nani Widjaya sebagai Lastri
* Umar Lubis sebagai Dr. Frans
* Rico Tampatty sebagai Fajar
* Indah Indriana sebagai Rena
* Rama Michael sebagai Romi
* Manfreed sebagai Jemmy
* Nunu Datau sebagai Wina
* Salma Paramitha sebagai Bintang
* Alyssa Tardipa sebagai Tiara
* Kevin Julio sebagai Kevin
* Virgo Brody sebagai Mico
* Ricardo Senzienz sebagai Bobby
*Rio Reifan sebagai Dewa

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 213 yang telah disiarkan pada 13 April 2009:

Rado tanya apa yang Intan fikirkan. Intan kata dia amat merindui dengan mama Nadine. Rado memberitahu sekiranya mama Nadine tahu di mana mereka berada sudah pasti mamanya juga akan tahu di mana mereka berada kerana mereka adalah jiran. Kasih cuba menyembunyikan tentang Intan dan Rado tetapi surat yang dikirimkan kepadanya tercicir ke lantai dan Nadine ternampaknya di sebuah cafe. Nadine mencurigai surat itu adalah daripada Intan tetapi menurut Arman ia adalah dari orang lain.

Rado ke Jakarta dan pulang ke rumah sebentar secara sembunyi untuk melihat keadaan mamanya. Sewaktu dia beredar dari situ, dia berserempak dengan Dr. Ardi dan Dr. Ardi memintanya untuk berjumpa dengan mamanya tetapi kata Rado sekiranya dia buat demikian, sudah pasti Bintang yang akan menderita . Di salon, Intan tersilap potong rambut pelanggannya kerana Bintang menangis. Mujur pelanggan tersebut tidak marahkan Intan. Rena lega apabila Nadine ambil berat tentang Tiara.


Gambar-gambar dari petikan Intan Episode 213

4 tahun berlalu, Tiara dan Bintang sudahpun besar. Bintang sedang bermain dengan kawan-kawannya. Dia bersembunyi dalam lori sayur. Tiba-tiba kenderaan tersebut bergerak dan Bintang cuba memanggil pemandu tersebut tetapi pemandu tersebut tidak dengar panggilan Bintang. Adakah Bintang akan bersatu kembali dengan Intan dan Rado atau dia akan hilang begitu saja?


SAMBUNGAN SINETRON INTAN EPISODE 213 PART 1


SAMBUNGAN SINETRON INTAN EPISODE 213 PART 2


SAMBUNGAN SINETRON INTAN EPISODE 213 PART 3


SAMBUNGAN SINETRON INTAN EPISODE 213 PART 4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

TUGASAN BARU 8 PELAJAR - DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 MINGGU KE-6 HARI PERTAMA YANG BERSIARAN DI ASTRO RIA PADA 13 APRIL 2009 JAM 9.00 MALAM


8 PELAJAR DIBERI LAGU TUGASAN BARU UNTUK KONSERT MINGGU KEENAM YANG AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SRI PUTRA, BUKIT JALIL PADA 13 APRIL 2009 JAM 9.00 MELALUI ASTRO RIA SALURAN 104 - ARIL DIUMUMKAN SEBAGAI PELAJAR CEMBERLANG UNTUK MINGGU KELIMA AF7

Berikut adalah lagu tugasan untuk 8 pelajar AF7 untuk minggu keenam yang masih kekal di Akademi:

Minggu lepas 9 pelajar AF7 ditugaskan untuk berduet dan untuk konsert minggu ini pula, mereka akan melakukan kelainan yang belum pernah lagi dilakukan sebelum ini iaitu mereka akan diiringi 4 kumpulan band terkenal - Kristal, Lefthanded, Estranged dan Cokelat.

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini:

PELAJAR LELAKI

HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS:

I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

**********************************************************************************


P1 DIARI AF7 MINGGU KE-6 HARI PERTAMA - 13/4/09


P2 DIARI AF7 MINGGU KE-6 HARI PERTAMA - 13/4/09


P3 DIARI AF7 MINGGU KE-6 HARI PERTAMA - 13/4/09


P4 DIARI AF7 MINGGU KE-6 HARI PERTAMA - 13/4/09


P5 DIARI AF7 MINGGU KE-6 HARI PERTAMA - 13/4/09


P6 DIARI AF7 MINGGU KE-6 HARI PERTAMA - 13/4/09


**********************************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my, Astro Ria dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

SAMBUNGAN DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH EPISODE 4 PADA 13 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DALAM SLOT LAGENDA TV3


DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH MULAI 7 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DAN 8.30 MALAM DI TV9 - Drama Lagenda ini merupakan sebuah lagenda yang telah diadaptasi dari filem lagenda "Bawang Putih Bawang Merah" yang telah dimodenkan dan Merah dan Puteh adalah adik-beradik tiri lelaki dan bukannya perempuan seperti yang kita selalu dengar atau baca. - EPISODE 4

Dibintangi oleh:

Ellyas Abdullah
Zahiril Adzim
Dira Abu Zahar
Tania Zainal
Nadia Aqilah

Sinopsis ringkas sambungan Lagenda: Merah Puteh Episode 4 pada 13 April 2009, Isnin:

June rasa kecil hati kerana Merah tak hadir ke partinya. Dia mengejek Merah kerana telah bertemu dengan Anggun kerana sebelum ini Merah kata dia tak minat langsung untuk menemui Anggun. Merah dengan kurang senang hati dengan kata-kata June, beredar dari situ. Puteh memberitahu Iman sebenarnya Anggun ada senyum padanya. Iman meminta Puteh menceritakan semua apa yang berlaku semalam kepadanya.

Iman menasihati Puteh agar "be strong", seterusnya Puteh menjelaskan kepada Iman ibunya telah meninggal dunia dan dia tidak pernah tahu bagaimana rupa ibunya. Puteh meminta maaf kerana terlalu emotional. Sebenarnya Puteh tidak berjumpa dengan Anggun. Puteh dengan sedih memberitahu Iman sebenarnya ibu tirinya ingin menjodohkan Merah dengan Anggun dan yang merisaukan Puteh ialah Puteh rasakan yang Merah telah jatuh hati dengan Anggun. Iman minta Puteh bertanya kepada Merah siapa yang Merah sukakan. June atau Anggun.

Mastura berterima kasih kepada Mulan kerana dia dapat rasakan bahawa minuman yang diberikan Mulan berkesan dan kini Merah sudah tertarik dengan Anggun. Merah membeli sejambak bunga. Untuk Anggun? Puteh juga beli bunga. Iman kata lain kali beli bunga ros lebih baik warna merah sebab warna Puteh tidak berapa sesuai. June jumpa Ana dan Ana kata dia nampak June peluk Beebo. June menjelaskan kepadanya bahawa dia buat begitu kerana ingin mendapatkan Merah. June fikirkan Merah telah membeli bunga untuk dihadiahkan kepadanya.

Di rumah, Puteh memberitahu ikannya yang bernama K tentang bunga yang dibelinya untuk Anggun. Merah masuk ke bilik Puteh dan Merah memberitahu Puteh bunga itu adalah untuk Anggun. Puteh terdiam seketika mendapat tahu Merah juga telah membeli bunga untuk Anggun. Merah fikirkan bunga yang dibeli oleh Puteh adalah untuk K tetapi menurut Puteh, bunga ros berwarna Puteh itu adalah untuk seni lukisannya. Sebelum keluar dari bilik, Merah memberi bunga ros Merah itu kepada Puteh untuk lukisannya. Siapakah pilihan Anggun? Merah atau Puteh?


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.budiey.com dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by