Saturday, December 27, 2008

PASANGAN LISDA& FAUZI MERUPAKAN JUARA SEHATI BERDANSA PADA MALAM KEMUNCAK SEHATI BERDANSA BERSIARAN SECARA LANGSUNG PADA 27 DISEMBER 2008


KEPUTUSAN TERKINI MALAM KEMUNCAK SEHATI BERDANSA YANG TELAH DISIARKAN SECARA LANGSUNG PADA 27 DISEMBER 2008 DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) MELALUI ASTRO RIA SALURAN 104 DARI JAM 9.00 MALAM HINGGA 10.30 MALAM


JUARA SEHATI BERDANSA MUSIM KEDUA YANG TELAH DISIARKAN SECARA LANGSUNG PADA 27 DISEMBER 2008 ADALAH PASANGAN LISDA & FAUZI


Juara Sehati Berdansa Musim Kedua adalah Pasangan Lisda & Fauzi

Kehangatan malam ini menjadi saksi kemenangan pasangan Lisda & Fauzi. Setelah berjuang selama sepuluh minggu akhirnya malam ini pasangan Lisda & Fauzi telah dinobatkan sebagai Juara Sehati Berdansa musim kedua dalam Kemuncak Sehati Berdansa yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menjadi saksi segalanya. Kehangatan Kemuncak Sehati Berdansa pastinya menjadi memori indah buat semua yang hadir. Kedua-dua pasangan selebriti berjaya menampilkan persembahan yang cukup istimewa setanding dengan penari-penari profesional.

Walaubagaimanapun, nasib lebih menyebelahi pasangan Lisda & Fauzi. Gerak tari yang dipersembahkan oleh pasangan suami ini nampaknya berjaya memukau para penonton malam ini sekaligus membolehkan mereka memperoleh peratusan undian sms tertinggi berbanding pasangan Amyza & Khairil.

Berikut adalah peratusan undian yang berjaya diperoleh oleh kedua-dua pasangan selebriti selepas undian ditutup sebentar tadi.

Pasangan Lisda & Fauzi - 67.10%
Pasangan Amyza & Khairil - 32.90%

Pasangan Lisda & Fauzi selaku Juara Sehati Berdansa musim kedua berjaya membawa pulang sebuah kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agencuy Sdn. Bhd., barangan hamper dan juga Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.



Mereka yang turut mewakili badan kebajikan Rumah Nur Salam menyerahkan replika cek bernilai RM15000 kepada wakil badan amal tersebut, YM Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latif.

Kemenangan Lisada & Fauzi sekaligus menobatkan Ray sebagai Juara kareografer yang akan membawa pulang pakej percutian ke Jepun untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn. Bhd, barangan hamper serta trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

Ini sekaligus menandakan pasangan Amyza & Khairil sebagai Naib Juara Sehati Berdansa musim Kedua dan yang akan membawa pulang barangan hamper dan Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro selain berjaya mengumpul dana sebanyak RM10000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia.

Dengan kemenangan tersebut, Lisda dan Fauzi berjaya membawa pulang kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn Bhd, hamper dan trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro. Juara koreografer berpeluang bercuti ke Jepun untuk dua orang sumbangan penaja sama, trofi dan hamper sumbangan Astro.

Sementara Amyza dan Khairil pula mengumpul dana RM10,000 untuk badan kebajikan diwakili mereka, hamper dan trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my)

Berikut adalah lagu tugasan yang telah mengiringi persembahan pada Kemuncak Sehati Berdansa sebentar tadi sebelum keputusan diumumkan pasangan manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Sehati Berdansa Musim ke-dua:



Pasangan Amyza
Tumba La Casa (Thalia)


Pasangan Lisda
Casanova (Paulina Rubio)


PASANGAN AMYZA VS LISDA
Akar (Seha) + Joget Tari Melenggang (Ahmad Jais)

Pasaangan manakah yang akan menjadi juara Sehati Berdansa Musim Kedua ini?

PASANGAN LISDA & FAUZI MERUPAKAN JUARA SEHATI BERDANSA MUSIM KEDUA! TAHNIAH!

VIDEO KLIP UNTUK KEMUNCAK SEHATI BERDANSA PADA 27/12/2008


PEMBUKAAN KEMUNCAK SEHATI BERDANSA

JURI-JURI KEMUNCAK SEHATI BERDANSA

KEPUTUSAN AWAL UNDIAN KEDUA-DUA PASANGAN

PUSINGAN PERTAMA KEMUNCAK SEHATI BERDANSA

KOMEN-KOMEN JURI TENTANG PERSEMBAHAN PUSINGAN PERTAMA

PUSINGAN KEDUA - PERSEMBAHAN AMYZA & KHAIRIL

PUSINGAN KEDUA - PERSEMBAHAN LISDA & FAUZI

IMBASAN PERSEMBAHAN KEMUNCAK SEHATI BERDANSA
PERSEMBAHAN STACY

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEHATI BERDANSA MUSIM KEDUA - JUARA LISDA & FAUZI


Jangan lupa untuk mengikuti rancangan Memori Sehati Berdansa tajaan Silky Girl & Silky for Men pada 3 dan 4 Januari 2009, pada Sabtu dan Ahad, jam 9 malam.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria Saluran 104, http://astro.com.my, http://www1.mstar.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by