Sunday, October 26, 2008

PASANGAN ASHED TERSINGKIR DALAM DEBARAN MALAM BERDANSA SEHATI BERDANSA YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA PADA 26 OKTOBER 2008


Berita terbaru Debaran Sehati Berdansa:


Pasangan Ashed

Sembilan pasangan mengucapkan selamat tinggal kepada Pasangan Ashed yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang baru selesai ditayangkan sebentar tadi pada 26 Oktober 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam di Astro Ria Saluran 104.


Pasangan Ashed dan Shima

Mungkin terdapat ramai yang menyangka bahawa tiada penyingkiran akan berlaku pada minggu pertama tetapi ternyata memang terdapat penyingkiran yang berlaku pada minggu ini apabila salah satu pasangan Sehati Berdansa, Pasangan Ashed dan Shima diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang baru selesai disiarkan di Astro Ria pada jam 9.30 malam tadi. Pasangan yang tersingkir ini merupakan salah satu pasangan yang mendapat markah yang terendah yang diberikan oleh para juri.

Pasangan Ashed dan Shima merupakan pasangan yang mewakili Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Mereka cuma dapat menyampaikan cek berjumlah RM1000 kepada badan amal tersebut.

Mulai hari esok dalam Detik Sehati Berdansa cuma tinggal sembilan pasangan sahaja yang akan meneruskan perjuangan mereka. Jangan lupa untuk terus menonton rancangan yang pasti mencerikan hari-hari anda ini setiap hari Isnin hingga Ahad yang disiarkan di Astro Ria Saluran 104 pada jam 9.00 malam setiap hari.

Untuk mengikuti Debaran Sehati Berdansa sila klik di bawah ini:

Debaran Sehati Berdansa Part 1

Debaran Sehati Berdansa Part 2

Debaran Sehati Berdansa Part 3

Debaran Sehati Berdansa Part 4


Pasangan Khai


Pasangan Amyza


Pasangan Lisda


Pasangan Mazin


Pasangan Ani


Pasangan Ashed


Pasangan Shah


Pasangan Jamal


Pasangan Rina


Pasangan Sasha

Dalam Malam Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria di Saluran 104 semalam, penonton dihiburkan dengan persembahan sulung pasangan selebriti Sehati Berdansa Musim Kedua. Dengan tema Disko, mereka menari buat pertama kalinya di hadapan penonton, dan juga 3 juri profesional> Mereka adalah Sazlan, Hamzah Tahir dan Linda Jasmine.

Apa kata mereka selepas setiap tarian?

PASANGAN AMYZA

Sazlan kata tenaga Khairil tidak konsisten. Amyza, membuat persembahan yang baik. Mereka patut berkongsi tenaga. 66 markah
Hamzah Sudah ada tenaga, suka drama, kena habiskan gerak. 70 markah
Linda kata suka pembukaan, tapi apabila menari gerak badan tidak cukup tajam dan bertenaga. 60 markah

PASANGAN MAZIN

Sazlan kata tahniah kepada keduanya. Sejak pembukaan sudah teruja menonton. Inilah disko! 90 markah
Hamzah kata saya suka apabila ruang digunakan sepenuhnya. Cuma ada sedikit masalah masa dan keseragaman. 75 markah
Linda kata ada silap tetapi bertenaga. Suka apabila tidak memperdulikan masalah teknikal yang berlaku. 65 markah

PASANGAN SASHA

Sazlan kata gabungan yang menarik. Sangat menghargai unsur teater dalam tarian. Nampak karektor hidup. Cuma mimik muka tidak konsisten. 80 markah
Hamzah kata setiap langkah penuh keyakinan. Salyo ada peningkatan dan mereka nampak bersatu. 85 markah
Linda suka dengan pakaian mereka tetapi langkah mereka sedikit step bersepah. 80 markah

PASANGAN JAMAL

Sazlan kata permulaan yang agak perlahan dan terserlah kebimbangan di wajah. Ida nampak menahan nafas. Keserasian masih kurang. 62 markah
Hamzah kata Jamal ada jiwa dan rentak cuma Ida perlu lebih agresif. 70 markah
Linda kata persembahan yang agak selamat. Ingat ini adalah satu pertandingan. 45 markah

PASANGAN ANI

Sazlan kata menarik dan terbaik. 88 Markah
Hamzah kata keduanya sudah ada rasa. 88 markah
Linda kata persembahan yang gempak, ada tenaga! 80 markah

PASANGAN SHAH

Sazlan kata nampak comel, pakaian comel nampak retro. Cuma langkah terlalu ringkas dan jangan mengira sewaktu menari. Perasaan tidak cukup diluahkan kepada juri dan penonton. 60 markah
Hamzah kata pakaian dan imej sangat retro. Cuma keserasian gerak dan irama kurang dan nampak teragak-agak. 55 markah
Linda kata tak cukup bertenaga dan sepatutnya memberikan yang lebih dan mengeluarkan sepenuh tenaga. 45 markah

PASANGAN RINA

Sazlan kata mereka macam profesional. Cuma Shah muka macam blur. Sabrina nampak macam berkira-kira. 86 markah
Hamzah kata anda tersangat pandai menari. Suka dengan gaya 'aeroplane'. 85 markah
Linda kata suka pakaian. Sabrina nampak sangat pandai menari. 90 markah

PASANGAN KHAI

Sazlan kata mereka pandai membuat gerak tubuh. Cuma stamina tidak konsisten. 92 markah
Hamzah kata ada sehati sejiwa dan peka dengan rentak membuatkan gerak tepat. 80 markah
Linda kata sangat bangga dengan mereka. sungguh menghiburkan dan bertenaga. 95 markah

PASANGAN ASHED

Sazlan kata tenaga ada, cuma karektor tidak selari. Rasa ada, tetapi ada keserasian antara mereka. 70 markah
Hamzah kata mereka terlalu bersahaja. Permulaan yang baik. 50 markah
Linda kata jangan berkira sambil menari. Percubaan yang bagus. 40 markah

PASANGAN LISDA

Sazlan kata espresi muka nampak sewaktu membuat gerak tari. Cuma perasaan tidak konsisten. 86 markah
Hamzah kata langkah penuh dengan keyakinan, menggunakan ruang dengan baik. Mata penuh cerita. 82 markah
Linda kata Fauzi penuh tenaga, nampak watak dalam lagu. 95 markah

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my)
Keputusan terkini Debaran Sehati Berdansa: PASANGAN ASHED DAN SHIMA MERUPAKAN PASANGAN PERTAMA YANG TERSINGKIR DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA SEBENTAR TADI.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria/www.astro.com.my, http://mistakeninsanity.blogspot.com dan semua sumber untuk maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by