Thursday, August 7, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-41 YANG DISIARKAN PADA 7 OGOS 2008 KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-41 YANG DISIARKAN PADA 7 OGOS 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta

Episod 41

Kisah sinetron Anakku Bukan Anakkku bermula dengan Rafli memperkenalkan dirinya kepada Taufan. Menurut Rafli dan rakan-rakannya lagi, mereka ke sana adalah untuk menjemput Tatia. Tetapi menurut nenek Taufan dia tidak faham apa yang dikatakan mereka. Taufan pula mengatakan gadis yang telah pergi bersamanya ke Mall(pusat membeli-belah bukan bernama Tatia.Taufan juga menafikan bahawa gadis tersebut tidak tinggal di situ.

Setelah Taufan dan neneknya beredar, rakan-rakan Rafli memberitahu Rafli bahawa Taufan dan neneknya menyembunyikan sesuatu daripada mereka. Bayu Juga tiba di situ dan cuba mendapatkan maklumat mengenai Tatia melalui satpan(pengawal) Taufan. Dia menceritakan kepada satpan tersebut bahawa suatu ketika dahulu dia juga adalah seorang satpan sepertinya.

Bayu menipu satpan itu bahawa suatu masa nanti dia akan menjadi pemilik rumah yang diduduki oleh Taufan dan neneknya. Satpan Taufan begitu senang terpedaya oleh Bayu dan memberi Bayu segala maklumat mengenai Nur(Tatia) kepadanya. Selepas itu Bayu pergi dari situ meninggalkan satpan tersebut. Satpan Taufan terus memikirkan apakah benar dia akan menjadi pemilik rumah Taufan suatu masa nanti.

Tatia hairan apabila doktor memberitahu Tatia, Taufan dan keluarganya akan pergi menjemputnya pulang sebentar lagi. Tatia sengaja menumpahkan minuman susu sarapannya kerana ingin cari peluang untuk menelefon Rafli.

Sewaktu jururawat pergi mendapatkan susu yang lain untuk Tatia, dia cuba menggunakan telefon di situ tetapi dia tidak dapat mengingati nombor telefon Rafli apabila ditanya oleh operator tetapi setelah seketika, Tatia berjaya memberi nombor telefon Rafli kepada operator untuk disambungkan taliannya.

Di kediaman Nico, Fatimah memberitahu Adel dia telah memberi minuman air putih (air biasa) yang telah dibubuh ramuan dos tinggi untuk membuat Vivian tidak sedarkan diri dan kurang bermaya. Doktor berkata kepada Nico bahawa tekanan darah Vivian semakin menurun dan sekiranya keadaan Vivian terus begitu dia terpaksa dihantar ke rumah sakit.

Sebelum doktor sempat memberi suntikan kepada Vivian, Adel muncul dan menegur doktor dengan perasaan marah mengatakan bahawa doktor telah cuai sewaktu merawat Vivian sehingga menyebabkannya begitu. Walaupun Nico cuba menasihatkan Adel tetapi Adel terus menegur doktor tersebut dengan nada yang tinggi. Dia juga memijak jarum suntikan tersebut.

Rafli, Dahlia, Bimbin, Ina dan Andi mengambil keputusan untuk pulang sahaja apabila mereka tidak berjaya bertemu dengan Tatia. Rafli menerima suatu panggilan, dia melihat nombor yang tercatat di telefon bimbitnya dan memberitahu rakan-rakannya bahawa kemungkinan besar panggilan itu adalah daripada mamanya, Luci sahaja. Oleh itu dia tidak mahu menjawabnya.

Tatia terus cuba menelefon Rafli dan akhirnya Rafli menjawab panggilan Tatia dan Tatia memberitahunya di mana dia berada. Menurut Tatia lagi, dia sekarang berada di Hospital Zahirah, bilik No. 203. Rafli, Dahlia, Bimbin, Ina dan Andi begitu gembira dapat berita daripada Tatia akhirnya.

Sebelum Tatia dapat bercakap dengan lebih panjang lagi dengan Rafli, dia disuntik dari belakang oleh Yosi(syaitan) yang telah menyamar sebagai jururawat. Tatia tidak sedar diri selepas itu. Episod 41 berakhir di sini.

Apakah yang akan terjadi kepada Tatia dan dimanakah Tatia akan dibawa oleh Yosi(syaitan), Edo dan dua orang rakan mereka yang jahat? Untuk mengetahui kisah selanjut ini, jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 42 pada minggu hadapan hari Isnin, 11 Ogos 2008 pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

Online Visitors

Thank you for dropping by