Saturday, May 10, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT MINGGU KE-LAPAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SIVIK MBPJ, DI ASTRO RIA SALURAN 104


Keputusan konsert minggu ke-lapan Akademi Fantasia Ke-6. Siapakah pelajar yang tersingkir?



Milik siapakah beg berwarna merah ini? Siapakah pelajar yang akan mengusung beg ini dari Pentas Dewan Sivik MBPJ di penghujung konsert? Semua penonton menanti keputusan dengan hati yang berdebar-debar yang diumumkan oleh Pengacara konsert mingguan, AC Mizal sebentar lagi. Mungkinkah selepas konsert malam ini akan dikurangkan kepada 5 pelajar sahaja?

Konsert minggu ke-lapan Akademi Fantasia Ke-6 baru sahaja berakhir dan keputusannya telahpun diketahui selepas undian ditutup. Siapakah agaknya pelajar yang tidak dapat bersama lagi dengan pelajar yang lain selepas malam ini? Kesemua 6 pelajar telah cuba sedaya yang boleh untuk membuat persembahan mereka dengan sebaiknya tetapi "jari menjadi juri". Semua keputusan terletak dalam tangan pengundi.



Dengan berakhirnya lagu "Menuju Puncak" undian ditutup akhirnya Pengacara AC Mizal mengumumkan bahawa tiada penyingkiran dalam konsert minggu ke-lapan ini.



Kesemua 6 pelajar yang baru membuat persembahan mereka akan berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka dalam konsert minggu yang ke-sembilan.

Seperti minggu yang lalu 6 pelajar Akademi Fantasia yang akan membuat pesembahan dalam konsert minggu berikut iaitu pada 17 Mei 2008 adalah:

Riz
Nadia
Stanly
Nubhan
Stacy
Toi

Jangan lupa untuk mengikuti siaran Diari Akademi Fantasia Minggu Ke-lapan mulai 12 Mei hingga 16 Mei 2008. Jangan lupa untuk menonton aksi 6 pelajar yang akan membuat persembahan mereka dalam Konsert Minggu Ke-sembilan Akademi Fantasia musim yang ke-enam pada 17 Mei 2008 nanti.

Sekian daripada sapphire blu untuk anda. Sehingga berjumpa lagi esok dalam kemaskini yang akan datang. Selamat malam.

SIAPAKAH PILIHAN ANDA UNTUK MENJADI JUARA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-ENAM?


Siapakah pelajar pilihan anda yang akan membuat persembahan terbaik dalam konsert minggu ke-lapan?


Siapakah pula yang akan tersingkir dalam konsert minggu ke-lapan pada malam ini selepas undian ditutup lebih kurang jam 11 malam?

Dari sumber yang dibaca, para pelajar yang telah membuat raptai persembahan mereka untuk konsert minggu ke-lapan, ada yang sudah bersedia dan ada pula yang masih belum lagi. Yang menjadi tanda tanya kebanyak orang yang menonton konsert Akademi Fantasia, siapa yang bakal tersingkir untuk konsert minggu ke-lapan?






Mengikut graf harian pelajar lelaki siapakah yang berpotensi untuk membuat persembahan dalam konsert minggu ke-lapan nanti? Riz, Nubhan, Toi atau Stanly?















Cuma tinggal dua orang pelajar wanita sahaja di Akademi Fantasia Ke-6 untuk minggu ke-lapan? Di antara Nadia dan Stacy siapakah yang anda gemar?



















Online Visitors

Thank you for dropping by