Sunday, April 6, 2008

A DAY AT BOULEVARD SHOPPING MALL - SATURDAY, APRIL 5, 2008

Want to go marketing at Boulevard Hypermarket? A question for me to answer. My replied was Yes sure since I wanted to buy two chicken drumsticks to cook for a meal. Arrived Boulevard Shopping Mall Hypermarket not long after that and we went to shop around for marketing stuff. Oh no, instead of buying two chicken drumsticks just look at how much we bought.






Next, we went to have our early lunch at Ayamas RasaMas. Let's see what we ordered.


















The bill came to a total of around RM24.00.

On the way back we drop by:

I went to the roadshow spelling competition RHB-NEW STRAITS TIMES SPELL-IT RIGHT CHALLENGE at Boulevard Shopping Mall on Saturday, April 5 2008. Had a great time there.










This is what I got back from there. Taraa...



It was raining and I wanted to watch Project Superstar Season 3 and also Akademi Fantasia Season 6 concert so I just had a simple dinner. I fried "Wat Tan Hor" or fried koayteow cantonese style. Does it looked tasty? The truth was I did not really know how it taste as we were feeling hungry, we just finished it.

6 APRIL 2008 - BERITA TERBARU KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA 6 SECARA LANGSUNG PADA 5 APRIL 2008 - LATEST NEWS OF 3RD WEEK AF 6 CONCERT -


Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia Musim Keenam, 5 April 2008


12 Pelajar Akademi Fantasia 6


Pengacara Konsert Mingguan AC Mizal

ULASAN KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM. TEMA KONSERT MINGGU INI "LAGU ROCK"

3rd. Week of Akademi Fantasia Season 6 Concert Recap - April, 5 2008. Theme song for this week "ROCK HITS"

Helo Salam Sejahtera, apa khabar. Dalam kemaskini saya yang terkini pada pagi ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang singgah di blog saya ini.

Saya akan cuba setakat yang boleh untuk mengemaskinikan ulasan mengenai konsert yang baru berlansung semalam di Dewan Sivik MBPJ, Selangor, mulai jam 9 malam hingga 11 malam dimana keputusannya telahpun diumumkan di penghujung konsert.



Setelah seminggu lamanya saya menunggu, akhirnya konsert ketiga mula disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104. Konsert minggu ketiga dengan tema "Lagu Rock" dimulakan dengan nyanyian persembahan rock daripada beberapa penyanyi undangan dan suasana di Dewan Sivik MBPJ kelihatan begitu meriah.



Pengacara AC Mizal kelihatan amat selesa di atas pentas dan bijak dalam menghidupkan suasana dengan tema Rock dalam konsert minggu ketiga ini.

Selepas tiga orang pengkritik diperkenalkan kepada para hadirin:


Fauziah Ahmad Daud Pengkritik Tetap


Ning Baizura Pengkritik Tetap

Adlin Aman Ramli Pengkritik Undangan konsert minggu ketiga sekali lagi. Adlin juga muncul sebagai Pengkritik dalam konsert kedua pada 29 Mac 2008.

12 Pelajar akan membuat persembahan dengan lagu "Rock" mereka.
Apa kata tiga orang Pengkritik dalam persembahan mereka.

Tema : Lagu Rock


1. Stacy - Pelesit Kota (Search)

Kak Ogy: Vokal hebat. Tetapi pergerakan tak dirancang.
Ning: You did very well on vocal side. Must close eyes and imagine the stage.
Adlin: Nyanyian tak ada masalah. Must plan movement. Performance off and on sometimes.


2. Faisal - Sentuhan Kecundang (Ekamatra)

Kak Ogy: Maksud dalam lirik lagu tak sampai.
Ning Baizura: First note salah. Kena ingat melodi seperti makan dan minum.
Adlin: Saya tak pasti telinga sayake atau Faisal nyanyi sumbang.


3. Nadia - Total Elicpse Of The Heart (Bonnie Tyler)

Kak Ogy: I love your energy. I love your attitude. Tolong jaga sebutan. Go girl.
Ning Baizura: Nadia you are so back on track. I am so proud of you. go for it.
Adlin: Konsert ketiga baru bermula.


4. Alif - Kamelia (Sweet Charity)

Kak Ogy: Benar-benar berusaha keras. I like it.
Ning Baizura: Saya rasa anda nyanyi untuk kita semua. Ada feel. Sebutan sikit saja.
Adlin: Kau kena lembut sikit. Berusaha betul tapi jangan terlalu berusaha.




5. Lufya - Tika Dan Saat Ini (Medicine)

Kak Ogy: Sebuah persembahan yang memaksa. Saya tak suka pakaian awak. Nyanyian kena datang dari dalaman.
Ning Baizura: Lagu ini jiwang. Anyway kakak rasa baju tak sesuai. Suara kena jaga sikit.
Adlin: Terlalu mencuba. Just relax. Kena careful dengan style. Just pandai-pandai balance suara dengan lirik. Thank you.


6. Naim - Opera Hidup (Wings)

Kak Ogy: Saya tahu awak dah cuba sedaya upaya. Explore lagi.
Ning Baizura: Minggu ini awak dah naik sikit satu tahap daripada minggu lepas.
Adlin: Adalah suatu benda yang bagus apabila nada anda seperti mempunyai sifat tidak boleh duduk diam. Awak kena jaga tenik suara awak.


7. Stanly - Patahnya Sayap Malam (Massa)

Kak Ogy: Mula-mula tak rasa but lepas itu ada rasa. Tak menghampakan.
Ning Baizura: Malam ini suara awak diperbagaikan. You have been working hard.
Adlin: Saya tertanya-tanya kenapa minggu rock terdapat banyak tempat yang tak sempurna.


8. Saida - Sepi Sekuntum Mawar(Ella)

Kak Ogy: Saya kena minta maaf. Awak tidak nyanyi macam lagu rock. Mesti keluarkan sepenuh tenaga.
Ning Baizura: Saya pula tak setuju dengan Kak Ogy. Saya rasa confident ada. Kawalan vokal bagus dan boleh improve lagi.
Adlin: Average. Kena ada warm dalam diri awak.


9. Nubhan - Summer of 69 (Bryan Adams)

Kak Ogy: Ada peningkatan. Tidak dengar sebutan. Enjoy lagu ini.
Ning Baizura: Lirik tak hafal. Sorry. Work harder.
Adlin: Kau tak bertanggungjawab dengan diri anda. Aku nak dengar Nadia nyanyi lagilah.


10. Riz - Keunggulan Cinta (BPR)

Kak Ogy: Anda faham apa yang anda lakukan. Semua ada. Confident ada. You did well.
Ning Baizura: Malam ini awak memberi penguasaan bagus. Your low range is better.
Adlin: Saya rasa terhibur.


11. Toi - C.I.N.T.A (XPDC)

Kak Ogy: Kenapa Toi macam tak bermaya. Use your imagination. Awak merupakan seorang penghibur yang selamba.
Ning Baizura: Saya sekali lagi tak setuju dengan Kak Ogy. Awak control. Awak ada banyak pengkatan.
Adlin: Awak adalah seorang pelajar yang belajar bersungguh-sungguh. Baik.




12. Rina - Enter Sandman (Metallica)

Kak Ogy: Rock ganas. You memang ganas. That is what I called a performer. You did so well. Go "Hot Mama".
Ning Baizura: That was the best performance of the night. I am so proud of you. Go for it.
Adlin: Rina, Pedulikan apa orang kata kepada awak. Rock memang untuk orang lama.

Begitulah selesainya persembahan 12 pelajar Akademi Fantasia musim ini dan kritikan telahpun diberikan kepada mereka. Dalam konsert ketiga ini tidak kedengaran sebarang kritikan pedas cuma kritikan yang memberi nasihat sahaja.




12 Pelajar membuat persembahan terakhir "Menuju Puncak" sepertimana yang dilakukan dalam setiap konsert sebelum keputusan diumumkan.







Anda mungkin tertanya-tanya berapa beg yang akan diletakkan di atas pentas untuk penyingkiran? Adakah kejutan akan berlaku? Memang benar sekiranya jangkaan anda dua beg akan di letakkan di atas pentas untuk dua penyingkiran dalam konsert mingguan yang ketiga ini. Tetapi soalannya siapakah pemilik dua beg tersebut?



Selepas 12 pelajar membuat persembahan "Menuju Puncak" tanpa berlengah dan tidak membuang masa lagi, Pengacara Konsert Akademi Fantasia 6 AC Mizal terus membuat penguguman keputusan konsert untuk minggu ketiga ini. Degupan jantung semakin kuat dapat dirasai olah orang ramai. Siapakah sebenarnya yang tersingkir minggu ini? Debaran semakin kuat dan penonton menantikan keputusan daripada Pengacara dengan hati yang tidak sabar lagi.

Dalam konsert pertama Akademi Fantasia 6, Yana diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir. Dalam konsert minggu kedua pula adalah Ika yang menerima nasib seperti Yana. Dalam konsert minggu ini terdapat kejutan di mana dua pelajar telah tersingkir tidak seperti dua minggu yang lalu, cuma seorang sahaja yang diumumkan sebagai pelajar yang terpaksa mengusung begnya dari pentas Sivik MBPJ dalam dua konsert mingguan yang lalu.






Klip video Ppenyikiran pelajar. Degupan jantung semakin kuat kedengaran.

Akhirnya keputusan sudah diumumkan. Dua pelajar yang tidak mendapat undian yang mencukupi untuk terus kekal di Akademi Fantasia 6 adalah seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki, Lufya menyanyikan lagu Tika Dan Saat Ini - Medicine dan Naim, Opera Hidup - Wings.

Mereka berdua terpaksa meninggalkan pentas konsert dengan segera dan mereka merupakan pelajar ketiga dan keempat yang tersingkir di Akademi Fantasia Musim Keenam.

Pengacara AC Mizal mengakhiri konsert minggu ini dengan kata-kata " DALAM AKADEMI FANTASIA, SATU HARAPAN SATU TUJUAN SATU DESTINASI MENGUBAH IMPIAN MENJADI REALITI. KITA BERJUMPA DI KONSERT MINGGU HADAPAN PASTINYA AKADEMI FANTASIA".



Setelah keputusan penyingkiran dibuat kini, tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan pengajian di Akademi Fantasia. Mereka adalah:



1. Stacy
2. Stanly,
3. Alif
4. Nubhan
5. Nadia
6. Saida
7. Rina
8. Riz
9. Toi
10. Faisal

Ini bermakna dalam konsert keempat Akademi Fantasia 6 seramai 10 pelajar akan membuat persembahan pada 12 April 2008, Jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ, jam 9 malam juga seperti biasa di Astro Ria Saluran 104. Mampukah mereka melaksanakan tanggungjawab mereka membuat persembahan yang lebih mantap kali ini?

Apakah tugasan baru mereka untuk minggu keempat? Semua ini akan terjawab dalam Diari Minggu Keempat Hari Pertama Bahagian Kedua jam 9 malam, pada hari Isnin di Astro Ria Saluran 104.

Terlebih dahulu saya amat berterima kasih kepada pihak berkenaan di atas sumber klip video konsert minggu ketiga.





Pada pendapat saya, dalam konsert ketiga ini Nadia dan Rina membuat persembahan yang begitu baik dan hebat dengan vokal mereka yang begitu bertenaga. Saya terpesona dengan nyanyian dua pelajar ini dalam konsert semalam.



Seorang lagi pelajar yang dapat membuat persembahannya dan mendapat perhatian penonton adalah Stacy dengan nyanyian lagu rock yang menarik dengan tarian ganasnya. Sebelum ini dalam dua konsert yang lalu Stacy juga berjaya mendapat jumlah undian yang banyak sewaktu afundi ditutup.

Saya juga turut terhibur dengan persembahan Riz, salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim ini yang diminati saya selain daripada Rina dan Nadia. Dia membawa lagu persembahannya "Keunggulan Cinta" yang dipopularkan oleh BPR dengan gayanya yang tersendiri. Persembahan Alif "Kamelia" lagu dari Sweet Charity juga kelihatan meningkat dalam konsert minggu ini.



Walaubagaimanapun saya berpendapat ada beberapa pelajar yang sedikit mengecewakan seperti Naim, Lufya, Faisal. Tetapi dari diari harian yang saya tonton di Astro Ria Saluran 104 setiap hari Isnin hingga Jumaat saya dapat rasakan mereka telah cuba sedaya upaya untuk mempertingkatkan vokal mereka.

Kedudukan Pelajar dalam AFUNDI terkini, 6 April 2008 - 2 petang

STACY 17%
SAIDA 14%
NADIA 11%
ALIF 10%
STANLY 10%
NUBHAN 10%
RINA 8%
RIZ 7%
TOI 7%
FAISAL 5%

Sekian, kemaskini ulasan daripada Sapphire Blu untuk anda semua. Sehingga kita bertemu lagi dalam kemaskini Diari Minggu Keempat Hari Pertama mulai esok.

Online Visitors

Thank you for dropping by