Sunday, March 30, 2008

Astro Carnival At Boulevard Shopping Mall Kuching on 29 March 2008 经典名曲造势活动

ASTRO 嘉年华来到古晋了!为了宣传 ASTRO 2008 年度经典名曲歌唱比赛,ASTRO 特地于三月二十九日在富丽华购物广场举行为期两天的造势活动。在一系列的活动中,除了有魔术表演和本地歌星演唱外,当局还特地邀请了去年经典名曲的冠、亚与季军到现场演唱几首经典名曲,以娱观众 。


台上从左至右:司仪、蔡京纹- CHUAH CHENG HUAT (2007年冠军)、郑玉珍-CHEANG YOKE CHEN(2007年季军)以及艾文-IVAN(2007年亚军)


艾文在台上演唱的精彩姿势。



司仪问:你荣获冠军后,你的现状和他们两位又有什么不同呢?
蔡京纹:我呀, 我有胡须, 他们两个都没有罗, 哈哈!我的生意也比以前好得多了,人也变得年轻了。以前人家叫我uncle,现在都改口叫我“哥哥”了,哈哈!

如果你们错过了昨天的演唱会, 你可以在今晚七点到富丽华购物观赏他们的风采。

12 PELAJAR AKADEMI FANTASIA 6 YANG BERJAYA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DALAM KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM PADA 5 APRIL 2008


12 pelajar yang berjaya kekal untuk minggu berikut dan seterusnya akan membuat persembahan dengan lagu tugasan baru yang akan diberikan kepada mereka pada 31hb. Mac 2008 adalah seperti berikut:

Afundi terkini pada 30hb. Mac 2008, jam 3.43 petang:

1. Stacy 14%
2. Saida 13%
3. Naim 12%
4. Stanly 11%
5. Nubhan 11%
6. Nadia 9%
7. Toi 8%
8. Riz 5%
9. Faisal 5%
10. Alif 4%
11. Rina 4%
12. Lufya 4%

Dalam konsert terakhir Akademi Fantasia 6 hadiah untuk pemenang adalah seperti berikut:
Juara Akademi Fantasia 6 akan memenangi hadiah:

Sebuah banglo 4 Bilik di A'Famosa, Melaka
Kereta bermodal Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn. Bhd.
Wang tunai sumbagan hotlink.
Pakej Percutian 7 hari 5 malam ke Afrika Selatan tajaan Mayfirst.
Pakej Pelancongan dan lawatan ke New York Tajaan Maybelline
Sony PlayStation tajaan Astro
Trofi Akademi Fantasia.

Naib Juara:

Kereta bermodel Naza Bestari tajaan Naza Motors Sdn. Bhd.
Wang tunai sumbangan Hotlink
Pakej percutian 7 hari 5 malam ke Afrika Selatan tajaan Mayfirst.
Baucer Pelancongan tajaan Maybelline.
Sony PlayStation tajaan Astro.
Trofi Akademi Fantasia.

Tempat Ketiga:

Wang tunai sumbangan Hotlink
Pakej percutian 7 hari 5 malam ke Afrika Selatan tajaan Mayfirst.
Baucer Pelancongan tajaan maybelline.
Sony PlayStation tajaan Astro.
Trofi Akademi Fantasia.

Tempat keempat:

Wang tunai sumbangan Hotlink.
Pakej Percutian 4 hari 3 malam ke Chiang Mai tajaan Mayfirst.
Sony PlayStation tajaan Astro.
Trofi Akademi Fantasia.

Tempat kelima:

Wang tunai sumbangan Hotlink.
Pakej Percutian 4 hari 3 malam ke Chiang Mai tajaan Mayfirst.
Sony PlayStation tajaan Astro.
Trofi Akademi Fantasia.

Profile 12 Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke6 yang berjaya kekal untuk membuat persembahan mereka dengan tugasan baru dalam Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6


Faisal

Nama Sebenar: Muhammad Faisal Abdullah
Usia: 21 tahun
Tarikh Lahir: 24 Februari 1987
Berasal: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Penyanyi nasyid sambilan & pelajar


Stanly

Nama Sebenar: Stanley Maringai David Impi
Usia: 24 tahun
Tarikh Lahir: 6 Disember 1983
Berasal: Kuching, Sarawak


Naim

Nama Sebenar: Muhammad Shauqi Naaim Salmi
Usia: 20 tahun
Tarikh Lahir: 23 Disember 1988
Berasal: Batu Gajah, Perak
Pekerjaan: Pelajar


Toi

Nama Sebenar: Khairul Nizam Baharom
Usia: 31 tahun
Tarikh Lahir: 31 Mac 1977
Berasal: Johor Bahru, Johor
Pekerjaan: Pemuzik


Nadia

Nama Sebenar: Nadia Haswani Hasnan
Usia: 18 tahun
Tarikh Lahir: 14 April 1990
Berasal: Kuala Lumpur


Rina

Nama Sebenar: Hairina Abd Halim
Usia: 44 tahun
Tarikh Lahir: 6 Januari 1964
Berasal: Selangor
Pekerjaan: Penyanyi kelab malam


Nubhan

Nama Sebenar: Ahmad Nubhan Ahamad
Usia: 22 tahun
Tarikh Lahir: 2 April 1986
berasal: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan: Pegawai bank


Alif

Nama Sebenar: Mohammad Aliff Mohd Razali
Usia: 22 tahun
Tarikh Lahir: 30 September 1986
Berasal: Pulau Pinang
Pekerjaan: Kakitangan Tenaga Nasional Bhd. (TNB)


Riz

Nama Sebenar: Mohamed Idris Mohd Zaizizi
Usia: 22 tahun
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Berasal: Gerik, Perak
Pekerjaan: Penyanyi sambilan


Stacy

Nama Sebenar: Stracy Angie Anam
Usia: 19 tahun
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Berasal: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
Pekerjaan: Penyanyi sambilan


Lufya

Nama Sebenar: Lutfyah Sheikh Omar
Usia: 23 tahun
Tarikh Lahir: 2 Februari 1985
Berasal: Johor Bahru, Johor
Pekerjaan: Eksekutif Pengiklanan


Saida

Nama Sebenar: Siti Norsaida Tarudin
Usia: 32 tahun
Tarikh Lahir: 13 Disember 1976
Asal: Kuala Lipis, Pahang
Pekerjaan: Pengurusan Kewangan SNP (M) Sdn Bhd
Sudah Berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Siti Nurul Nisa’ (11 thn), Anas (9 thn), Khalid (8 thn) dan Siti Nurul Mashitah (2 thn).
(Saida adalah kakak kepada penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza)

Sekian, hingga kita bertemu lagi dalam kemaskini saya yang akan datang.

30 MAC 2008 - BERITA TERKINI KONSERT MINGGU KEDUA AKADEMI FANTASIA 6 YANG BERLANGSUNG DI DEWAN SIVIK MBPJ, JAM 9 MALAM PADA 29 MAC 2008

Ulasan mengenai Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 6 pada hari Sabtu 29 Mac 2008 daripada Sapphire Blu untuk peminat Akademi Fantasia.

Tema Akademi Fantasia Musim keenam "BEBASKAN BAKAT 'SUPERSTAR' DALAM DIRI ANDA"


KONSERT MINGGU KEDUA AKADEMI FANTASIA 6 YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SIVIK MBPJ, DI ASTRO RIA SALURAN 104 PADA 29 MAC 2008, JAM 9 MALAM


PENGACARA KONSERT AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM, AC MIZAL


Pembukaan Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 6 agak istimewa sedikit kalau dibandingkan dengan minggu konsert pertama yang telah disiarkan pada 22 Mac 2008. Pengacara AC Mizal akan menyanyi bersama dengan 13 pelajar Akademi Fantasia musim keenam. Dia kelihatan lebih selesa dalam mengacarakan konsert malam ini.



1. Tiga orang pengkritik untuk konsert minggu kedua ini adalah Ning Baizura(pengkritik tetap musim ini)
2. Fauziah Ahamad Daud tidak dapat hadir dan digantikan oleh Adlin Aman Ramli yang pernah menjadi pengkritik tetap Akademi Fantasia.
3. Aidit Alfian (penulis dan penggubah lagu) adalah pengkritik undangan konsert minggu ini.


Berikut adalah klip video pembukaan Konsert Mingguan Akademi Fantasia 6 yang kedua. Terima kasih saya ucapkan di atas sumber yang telah diambil daripada pihak yang berkenaan (special thanks to Sharimie). Selain itu saya juga ingin meminta maaf di atas gambar yang kurang memuaskan diambil dengan menggunakan telefon bimbit saya.






















Berikut adalah komen daripada tiga orang pengkritik konsert minggu kedua Akademi Fantasia 6. Apa yang dicatatkan adalah apa yang diingati saya dari tontonan konsert minggu kedua semalam. Sekiranya terdapat kesilapan dalam catatan saya harap maafkan.





Lufya merupakan pelajar pertama yang akan membuat persembahan dengan lagu "Cintaku 100%" sebuah lagu dangdut yang dipopularkan oleh Mas Idayu.



Ning Baizura: Selesa dengan lagu ini. Boleh cuba sesuatu yang berbeza. Jaga pernafasan. Kena jelas bila menyanyi. Think out of the box.
Aidit: Awak mungkin minat lagu dangdut, atau memang buat homework. Rasanya homework telah dibuat betul-betul. Jadikan suara original awak dengan lebih.
Adlin: Saya dapat dua daripada awak. Persembahan dan energy yang baik.


Pelajar kedua Toi akan menyanyikan lagu "Sang Pecinta" lagu yang dipopularkan oleh M. Nasir.

Ning Baizura: Lagu ini menjadi milik anda malam ini.
Aidit: Comfortable kalau boleh seriouskan expresi dalam lagu ini. Lagu ini berat.
Adlin: Awak okey. Awak boleh nyanyi. Ada masalah kompromasi badan awak dengan lagu.


Pelajar Ketiga adalah Stanly yang akan menyanyikan lagu "Sudah Tu Sudah" yang dipopularkan oleh Imran Ajmain.

Ning Baizura: Saya rasa there is a lacking. Tak dengar perkataan pertama. I am disappointed with you.
Aidit: Saya rasa effort ada tetapi tak cukup. You need to perform dengan lebih bagus. Saya suka lagu ini.
Adlin: Direction tak ngam (tidak betul). kalau ada lebih style akan menjadi lebih menarik.


Pelajar keempat Rina atau lebih dikenali dengan Mama Rina akan menyanyikan lagu "Ku Seru" yang dipopularkan oleh Misha Omar.

Ning Baizura: Syabas. Mama Rina is back. Ada dynamic and good opening.
Aidit: Saya suka phrase awak. Terang dan dapat menyampaikan lagu. Pitching sedikit sahaja.
Adlin: Kakak nyanyi okey. Awak kena persembahkan lagu awak dengan lebih strong lagi.


Pelajar kelima adalah Alif yang akan menyanyikan lagu "Angan Dan Sedar" yang dipopularkan oleh Mawi.

Ning Baizura: Alif nyanyi untuk dancerke? Satu percubaan yang baik tetapi tempo kena jaga. Pernafasan kena cuba lagi.
Aidit: Awak tak sihatke? Nafas tak cukup.
Adlin: Semua berterabur.


Pelajar Keenam Ika akan menyanyikan lagu "Malu Tapi Mahu" yang dipopularkan oleh Dina (pemenang tempat kedua One In A Million Musim Pertama)

Ning Baizura: Lagu ini terlalu besar untuk Ika. Awak kena lepas nyanyi. Saya tak rasa. Sorry.
Aidit: Lagu ini susah. Range suara ini terlalu tinggi dan low untuk awak. Pitching tak tepat.
Adlin: Banyak masalah. Hancur. Terlalu banyak untuk dikomen.


Pelajar ketujuh yang akan membuat persembahannya dengan lagu "Aspalela" yang dipopularkan oleh Saiful Apek.

Ning Baizura: Ada feel. Bagus tapi kena jaga tempo dan pitching.
Aidit: Macam sekadar nyanyi Lakonan dalam nyanyian anda tak cukup.
Adlin: Baju tidak sesuai.


Begitulah ragamnya Naim dan Pengacara AC Mizal selepas Naim membuat persembahan malam tadi.


Pelajar kelapan adalah Faisal yang akan menyanyikan lagu "Ranggi Metropolis" yang dipopularkan oleh kumpulan Wings.

Ning Baizura: Awak boleh menjadi seorang rocker. Penguasaan pentas yang bagus. Pitching tak seteruk minggu lepas.
Aidit: Awak seolah-olah tidak menyanyi dengan band.
Adlin: Kangkang 80 markah, Loncat 10 markah. (bermaksud persembahan yang baik)


Pelajar kesembilan adalah Saida yang akan menyanyikan lagu "Doktor Cinta" yang dipopularkan oleh Dewi.

Ning Baizura: Syabas. Awak kena jaga dinamik suara.
Aidit: Low tone kena keluarkan lagi. Always prepared to be well verse dengan tone dan sebagainya.
Adlin: Bila time korus awak tak nail korus. Awak kena lebih lincah dalam lagu ini.


Selepas Saida membuat persembahannya dia diberi peluang untuk melepaskan rindunya kepada ketiga orang anak kesayangannya.


Pelajar kesepuluh adalah Stacy yang akan menyanyikan lagu "Rela" yang dipopularkan oleh Tila.

Ning Baizura: Awak mampu buat bulu ruma saya naik. Syabas.
Aidit: Bila keluar nanti- suara awak cukup untuk radio tapi kena cari X FAXTOR untuk menjadi penyanyi.
Adlin: Stacy, awak sangat bagus. Saya ingat awak top 3.


Pelajar kesebelas adalah Riz yang telah membuat persembahan yang begitu baik pada minggu lepas. Berjayakah dia menyanyikan lagu "Separuh Masa" yang dipopularkan oleh Delima dalam minggu konsert kedua ini?

Ning Baizura: You have to play with the crowd. Pernafasan dan dinamik kena jaga.
Aidit: Saya suka suara awak. Awak kena ingat jadi orang Malaysia. Kerana bukan karena sebutannya. Pitching kena jaga.
Adlin: Awak menyanyi bagus. Awak boleh move, guna mic yang tak payah pegang.


Pelajar keduabelas adalah Nubhan yang akan menyanyikan lagu kegemaran saya "Tak Bisa Memilih" sebuah lagu yang dipopularkan oleh 6ixth Sense. Mampukah dia membuat persembahannya kali ini dengan penuh perasaan?


lAGU KEGEMARAN SAYA DARI 6IXTH SENSE YANG DINYANYIKAN OLEH NUBHAN

Ning Baizura: Lagu yang sesuai dengan suara awak. Release The Beast In You dalam Bahasa Inggeris.
Aidit: Awak ada nyanyian sendiri. Perfectkan sahaja.
Adlin: Cakap dengan mereka "Saya nak cermin Hitam besar, saya nak nyanyi".


Pelajar terakhir iaitu pelajar ketigabelas, Nadia yang membuat persembahan dengan lagu "Umbrella" yang dipopularkan oleh Rihanna. Lagu ini sepatutnya dinyanyikan oleh Ika pada minggu lepas tetapi Nadia akan membuat persembahan dengan sebaik yang boleh dalam konsert kedua Akademi Fantasia 6.

Ning Baizura: Sebutan di merata tempat. You really should focus more on your vocal.
Aidit: Mesti kena practice lebih dengan suara.
Adlin: Kena pandai edit. Ada banyak potential.



Selepas pelajar terakhir, Nadia membuat persembahan akhirnya tibalah masa untuk sampai ke penghujung konsert minggu kedua ini di mana 13 pelajar tersebut membuat persembahan lagu "Menuju Puncak"




Bahagian Pertama Penyingkiran pelajar Akademi Fantasia 6 dalam konsert minggu kedua.


Bahagian kedua penyingkiran pelajar Akademi Fantasia 6 dalam konsert minggu kedua.

























































Pelajar yang tersingkir dalam minggu kedua Konsert Akademi Fantasia 6 adalah Ika yang menyanyikan lagu "Malu Tapi Mahu" oleh Dina. Ika terpaksa akur dengan pilihan pengundi yang meletakkan dia di tangga yang paling bawah sekali selepas afundi ditutup.

Dengan ini Ika merupakan pelajar kedua yang telah tersingkir dalam Akademi Fantasia musim keenam sejak ia dimulakan baru-baru ini. Pada permulaan konsert sebelum 13 pelajar membuat persembahan mereka, Ika menduduki tangga kesembilan dan ini bukanlah kedudukan yang paling rapuh.

Tetapi adalah kebiasaan dalam Akademi Fantasia dimana kejutan demi kejutan akan berlaku. Apabila afundi diumumkan tutup oleh Pengacara AC Mizal dan seterusnya keputusan diumumkan, Ika merupakan pelajar yang menduduki tangga yang terbawah sekali. Ini bermakna Ika terpaksa disingkirkan.

Undian Selepas Konsert Kedua Akademi Fantasia 6 ditutup

1. STACY 13%
2. STANLY 11%
3. ALIF 8%
4. NADIA 8%
5. RIZ 8%
6. NUBHAN 8%
7. SAIDA 8%
8. FAISAL 7%
9. RINA 7%
10. TOI 6%
11. NAIM 6%
12. LUFYA 5%
13. IKA 5%

Dari sumber berita yang saya baca, Ika akan terus mengikuti program yang telah diaturkan oleh Maestro untuknya dan akan teruskan perjalanannya dalam bidang nyanyian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumber klip video daripada Sharimie (thank you so much for the sources taken from Sharimie of the performance Ika singing the song "Malu Tapi Mahu" a song by Dina}


30 MAC 2008, JAM 12.03 TENGAHARI - KEDUDUKAN AFUNDI TERKINI 12 PELAJAR AKADEMI FANTASIA 6 - IKA TERSINGKIR DALAM KONSERT MINGGU KEDUA AF 6 -




AFUNDI TERKINI 12 PELAJAR AKADEMI FANTASIA 6

1. Stacy 14%
2. Saida 13%
3. Naim 12%
4. Stanly 11%
5. Nubhan 11%
6. Nadia 9%
7. Toi 8%
8. Riz 5 %
9. Faisal 5%
10. Alif 4%
11. Rina 4%
12. Lufya 4%

Pelajar yang telah terkeluar dalam konsert minggu kedua semalam adalah Ika yang membuat persembahan dengan menyanyikan lagu "Malu Tapi Mahu" yang dipopularkan oleh Dina. Sekiranya anda ingin menonton pelajar kegemaran anda membuat persembahan di minggu-minggu yang akan datang terus afundi mereka.

Pengundi yang memenangi hadiah bernilai RM2,500 untuk minggu ini kerana berjaya afundi yang terbanyak adalah Sahril Amar yang berasal dari Perak. Adakah anda pemenang yang seterusnya?Terus afundi pelajar kegemaran anda di Akademi Fantasia 6.

Online Visitors

Thank you for dropping by