Monday, March 24, 2008

Diari Akademi Fantasia Minggu Kedua Bahagian Pertama Di Hari Pertama, Jam 6 petang


Afundi Terkini pada jam 8.30 malam pada 24hb. Mac 2008

1. STANLY 11%
2. ALIF 10%
3. SAIDA 10%
4. STACY 10%
5. NUBHAN 9%
6. NADIA 9%
7. TOI 7%
8. NAIM 6%
9. RIZ 6%
10. IKA 6%
11. FAISAL 6%
12. LUFYA 5%
13. RINA 4%




Halo kita bertemu lagi. Apa khabar semua? Dah jamu selerake belum? Minggu ini merupakan minggu kedua Diari Akademi Fantasia 6 bahagian pertama.


Pada pembukaan diari terdapat sedikit sedutan mengenai Yana yang baru sahaja tersingkir dalam konsert minggu pertama hari Sabtu yang lalu di Dewan MBPJ, Selangor. Diari Akademi Fantasia minggu kedua hari pertama bahagian pertama mengimbas kembali kenangan manis bersama Yana pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia kerana merupakan pelajar di kedudukan paling bawah sekali di tangga ke 14.


Jangan lupa untuk menyaksikan wawancara bersama bekas pelajar Akademi Fantasia 6, Yana pelajar pertama yang tersingkir dalam konsert pertama pada hari Sabtu yang lalu. Jangan lupa untuk mengikuti siarannya di Gala TV, jam 10 malam di Astro Awani Saluran 501.

Selain itu anda juga dapat menonton beberapa perkara yang berlaku se sebalik tabir konsert minggu lalu. Di satu babak yang lain menunjukkan bagaimana Cikgu Fatimah memulihkan semula semangat 13 pelajar tersebut selepas konsert yang baru sahaja selesai.

Seorang pelajar di akademi mengadu kehilangan barang dan siapakah pelajar tersebut. Pelajar tersebut adalah Lufya dan dia terpaksa mencuci pinggan untuk seminggu sebagai denda di atas kecuaiannya.

Dalam diari petang ini menunjukkan bagaimana canggihnya rakaman kamera di dalam akademi yang sudah boleh bertutur dengan pelajar-pelajar di dalam akademi. Begitu lucu sekali bila terdengar suaranya yang comel.


Dalam bahagian kedua hari pertama Diari Akademi Fantasia 6 pada pukul 9 malam anda akan dapat menyaksikan apakah pandangan balas Pengetua Ramli MS terhadap komen yang dikritik oleh pengkritik Konsert Akademi Fantasia 6 pada hari Sabtu yang lalu. Ada di antara komen pedas yang diberikan kepada pelajar akademi musim ini.

Setiap kali apabila tibanya hari pertama Diari Akademi Fantasia, saya selalu tertanya-tanya apakah tugasan baru untuk pelajar membuat persembahan di konsert yang akan datang nanti. Kali ini, mereka mungkin tidak mendapat lagu kegemaran mereka. Apakah perasaan mereka bila mendapat tugasan baru mereka nanti. Semua ini akan diketahui dalam Diari Akademi Fantasia bahagian kedua jam 9 malam.

Ada pelajar mengadu berkenaan dengan kejadian seram di akademi? Betulke ada kejadian seperti itu? Sama-samalah kita saksikan apakah yang sebenarnya berlaku dalam Diari Akademi Fantasia 6, jam 9 malam di mana lagi seandainya bukan di Astro Ria Saluran 104 dan @15 Saluran 109. Jangan ketinggalan untuk menonton bersama-sama ye!!

Sehingga kita bertemu lagi di lain kemaskini Diari Akademi Fantasia 6 minggu kedua hari di bahagian pertama dan kedua iaitu pada hari esok, 25hb. Mac 2008. Selamat malam.

Chicken Rendang - It has been quite sometime since I last cooked this dish





Just taken my dinner. As you can see from the pictures above what the menu is for dinner. Chicken Rendang one of my favourite dish. After dinner, I had some barley to prevent from gettin sore-throat.


A one dish meal for dinner. For those of you who are having dinner, do enjoy your meal. Till another updates.

The latest results of The Project Superstar Season 3 on 23rd March 2008 - 2 contestants proceed to top 10


RESULTS OF PROJECT SUPERSTAR SEASON 3
Who are the top 10 finalists for this season?


The two hosts of Project Superstar Season 3.
Can you remember their names?
Yes, they are none other than Gary Yap and Cheryl Lee.


Who do you think will join the rest of the eight finalists of Project Superstar for this season?


Only one contestant will join the other top 9 finalists from the four here. Nicole, Alice, San or Pink? Can you guess who she is? Did you forget to vote for your favourite contestant?


I wonder who will join the rest of the other top 9 finalists this season. It is not easy to choose. Do you think your favourite contestant will have enough votes to be in the top 10? . Are you curious who he is? Is he Elson, Jac, Kevin or Eddie? Just scroll down slowly and you will soon find out the answer.


























Eddie and Nicole will be joining the rest of the top eight finalists of Project Superstar Season 3. Do not forget to watch Project Superstar 3 this coming Saturday and Sunday. The results will be on Sunday night. Do continue to vote for your favourites so that they won't be eliminated.

Are your favourite contestants still here?
The list of the top 10 contestants are:-

1) Ellen 徐佩霞
2) Kay 郭晓薇
3) May May 詹依美
4) Eliza 伊利莎
5) Hau 徐仕豪
6) Will 郑幸安
7) Adrian 陈凯旋
8) Cliff 郑至围
9) Eddie 赖勇霖
10) Nicole 赖淞凤

Do remember to watch Project Superstar Top 10 finalist performing this coming Saturday and Sunday, 29th. and 30th. March 2008. The results of the elimination will be on 30th. March 2008 as usual.

Continue to vote for your favourite contestant so that they can continue to perform the following week.

Thank you for clicking ads. by nuffnang on the left hand side of this blog. You will have more to see from there.

SEDIKIT SEBANYAK ULASAN MENGENAI KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA 6 - A LITTLE COMMENT ON AF 6 FIRST CONCERT HELD ON 22ND. MAR. 2008 -


Halo, Sapphire Blu di sini sekali lagi mengucapkan Selamat Sejahtera kepada anda semua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan saudara-saudari yang singgah di sini.(Hello! Good Day to everyone of you. Before I move on further, I would like to thank all of you who have been dropping by my blog.

Saya dengan sukacitanya akan cuba mengemaskini segala apa berita yang saya ketahui berkenaan dengan Akademi Fantasia musim ke 6 ini. (I will try my best to update the latest news that I know about Akademi Fantasia for season 6 and also thank the sources about the news)

Masa berlalu begitu cepat, sederas air yang mengalir di sungai. Konsert mingguan Konsert Akademi Fantasia 6 yang pertama sudah berlalu dua hari yang lalu. Terdapat beberapa kejutan yang berlaku dalam konsert tersebut.

KONSERT PERTAMA AKADEMI FANTASIA 6 DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI MBPJ KE ASTRO RIA SALURAN 104 DAN JUGA DAPAT DITONTON DI SALURAN 109

Pembukaan konsert musim ke 6 agak berlainan dari musim-musim yang lalu apabila 14 pelajar muncul dari belakang penonton-penonton untuk naik ke pentas. Sorakan dari peminat begitu meriah sekali untuk menyambut ketibaan pelajar kegemaran mereka.


Dari maklumat (sources that I read from)yang saya baca,dema Akademi Fantasia musim ini adalah "Bebaskan Bakat 'Superstar' Dalam Diri Anda".

Apabila diimbas kembali Akademi Fantasia pada lima musim yang lalu, dimana pengacara No. 1 di Malaysia, Aznil Haji Nawawi menjadi hos untuk lima musim. Tahun 2003 - Vince, 2004 -Zahid, 2005 -Mawi, 2006 -Faizal,2007 -Mila menjadi juara Akademi Fantasia untuk musim tersebut.


Pada tahun ini pula, buat pertama kalinya pengacara AC Di sini, AC MIzal menjadi hos Akademi Fantasia 6 bersama-sama dengan dua pengkritik tetap, Ning Baizura dan Fauziah Ahmad Daud atau dikenali sebagai panggilan Kak Ogy. Pengkritik Jemputan untuk konsert minggu pertama adalah bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia 4, seorang penyanyi dan komposer. Nama beliau adalah Ajai.

Konsert minggu ini dimulakan dengan peratus afundi 14 pelajar dan kedudukan mereka diikuti dengan penampilan Rina sebagai pelajar pertama yang membuat persembahan.

Sebanyak sedikit apa yang dikata oleh tiga orang pengkritik:


Ning Baizura - Suara yang sedap.
Ajai - memberi panggilan "Makcik Rina". Lagu bersesuaian dengan vokal dan interaksi dengan penonton bagus.
Kak Ogy - memberi panggilan "Hot Mama" Saya suka dengan confident dan keberanian yang ditunjukkan tetapi tidak berasa teruja dengan lagu yang dinyanyikan.

Pelajar kedua - Alif


Ning Baizura - Mesti mempunyai kepercayaan diri untuk melepaskan suara dan lebih berhati-hati dalam tempo lagu.
Ajai - Rasa mengantuk dan mesti berjaga-jaga dengan stamina.
Kak Ogy - Persembahan yang sungguh membosankan dan tiada emosi - kosong -

Pelajar ke tiga - Lufya


Ning Baizura - Anda kelihatan sungguh cantik dan mempunyai tone yang sedap tetapi jangan rasa takut.
Ajai - Saya tidak rasa apa yang dirasa oleh Ning. Anda kurang memberi perasaan dengan apa yang dinyanyikan. Ada problem dengan pitching mungkin kerana gementar.
Kak Ogy - Bagus dan suka berinteraksi dengan kamera tetapi bila menyanyi suara macam letih.

Pelajar ke empat - Naim


Ning Baizura - Tiada mempunyai perasaan ketika melontarkan note pertama. Kelihatan takut dan perlu bekerja dengan lebih kuat.
Ajai - Nyanyian anda teruk, persembahan yang membosankan dan seperti nyanyian karoke.
Kak Ogy - Macam nyanyi di toilet. Nyanyian yang kosong dan persembahan yang tidak bagus. Tiada emosi dalam lagu. (Apabila Pengacara mengatakan Naim masih pelajar baru, Kak Ogy memberi jawapan - there is no excuse).

Pelajar ke lima - Ika


Ning Baizura - Anda perlu percaya pada suara sendiri dan nyanyian yang tidak mencukupi.
Ajai - Masih banyak perkara yang anda perlu belajar. Terdapat banyak sengau dalam nyanyian. Kalau Pengetua bagi anda tiga bulan untuk lagu "Umbrella" saya bagi sembilan bulan.
Kak Ogy - Cerita yang tidak kesampaian dalam nyanyian anda. Kurangkan pergerakan tangan dan jangan terlalu pandang ke bawah.

Pelajar ke enam Toi


Ning Baizura - Persembahan anda menarik. Kelihatan selesa di atas pentas dengan nyanyian yang selamba. Bagus.
Ajai - Pilihan lagu yang tepat dengan jiwa anda. Persembahan yang baik dengan "character" anda dalam lagu.
Kak Ogy - Satu persembahan yang menghiburkan tetapi sebutan lirik kabur. Saya suka identiti serta tenaga yang ditunjukkan.

Pelajar ke tujuh - Nadia

Ning Baizura - Anda kelihatan cantik dan satu persembahan yang bagus. Mempunyai penceritaan dalam nyanyian. Lain daripada penyanyi asal.
Ajai - Inilah pelajar yang sepatutnya mendapat undian dari penonton di luar.
Kak Ogy - Satu persembahan yang belum hebat lagi tapi bagus. Tetapi pada awal lagu ekspresi wajah tidak selaras dengan lirik tetapi awak dapat tangkap balik apabila korus lagu. Eye contact awak roaming ke sana ke mari. Tolong belajar fokus kepada satu subjek. But it was a good performance.

Pelajar ke lapan - Riz


Ning Baizura - Pilihan lagu yang sangat sesuai. Mempunyai suara yang merdu. Sudah lama tidak dengar suara begini di kalangan lelaki.
Ajai - Menjiwai lagu dengan baik dan anda pandai mengubah melodi. Tidak terikut penyanyi asal lagu ini.
Kak Ogy - Anda kelihatan bersatu dengan lagu dan mempunyai keyakinan dalam membawa lagu ini dan saya juga dapat merasai maksud lagu.

Pelajar ke sembilan - Yana

Ning Baizura - Permulaan agak terabur. Anda perlu lebih memahami lirik lagu. Mempunyai kemampuan vokal ada tetapi perlu dikeluarkan lagi.
Ajai - Anda masih belum mesra dengan lagu itu. Mesti mnggayakan lagi dalam nyanyian supaya kurang mendatar.
Kak Ogy - Anda seperti tidak selesa di atas pentas.

Pelajar ke sepuluh - Nubhan


Ning Baizura - Feel yang mendalam.Saya suka dengan suara anda. Tone awak macam lain sikit. You have a very special voice. Very good. I like it.
Ajai - Hanya ending itu penghayatan ada. Sepatutnya penghayatan lagu perlu diberikan daripada awal lagi.
Kak Ogy - Sememangnya anda mempunyai suara yang gemersik. Anda mempunyai suara yang baik dan elakkan daripada meletakkan tangan di dalam poket. Dari ujibakat lagi saya lihat anda buat begitu. Tolong mengawal rasa takut. You did well.

Pelajar ke sebelas - Stacy


Ning Baizura - Suara kamu sedap-sedap basah.Permulaan yang berkeyakinan tetapi menurun apabila memasuki korus lagu. Suara yang sedap tetapi perlu memperbaiki lagi sebutan sewaktu menyanyi. Work a little bit more harder.
Ajai - Mungkin saya akan menjadi peminat suara awak.
Kak Ogy - Memang anda seorang yang berbakat. Saya suka dengan keyakinan diri anda tetapi yang saya tidak yakin dengan cara penyampaian lagu awak.Awak terlalu banyak bergerak. But you are a very talented singer.Anda mempunyai suara yang bagus.

Pelajar ke duabelas - Faisal


Ning Baizura - kakak nak cakap ni jangan marah ye. Tadi mereka dah minta maaf. Kakak nak minta maaf ye. Sebenarnya pitching awak banyak lari dalam lagu ini.Audience pun dapat rasa. Lagu ini memang susah. Pesanannya cukup kuat. Lirik dan messagenya ada di situ tapi saya tak rasalah dalam penyampaian awak. You have to find a point dalam satu lagu, rhythmke muzik atau guitarke, work harder okey!!
Ajai - Perlu berhati-hati dalam menyanyi supaya jangan ada penyakit "tone deaf" jangan ada stage macam itu. Kalau nak tahu hearing macam mana tekan piano doremifasola..okey!
Kak Ogy - Anda fahamke maksud lagu itu? Anda macam tidak memahami lirik lagu hingga tidak dapat menyampaikan mesej lagu. No colours. You better do something, Faisal.

Penyanyi ke tigabelas - Saida


Ning Baizura - Saya rasa lagu ini besar sangatlah untuk kakak.Suara kakak memang lain sikit daripada Siti, mempunyai suara yang besar tetapi jangan takut suara sendiri. Pitching kena jaga kak, please. Verse lari banyak sangat. Saya dapat rasakan kak Saida takutkan lagu ini. Bila korus okey tetapi try your best ye!
Ajai - Anda perlu memberi lebih penghayatan pada lagu dan berjaga-jaga dengan tempo, kadang-kadang off tune sedikit.
Kak Ogy - Saida masih kelihatan nervous. Mungkin kerana orang tahu yang awak adalah kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza. Buang benda itu. Saya mengkritik anda sebagai seorang individu bernama Saida.Emosi langsung tak consistent. Saya pelik kenapa awak kena paling muka. Saya tidak tahu apa sebab. Feelke tu, masa kakak berlakon tak macam itupun. Jadi kelemahan-kelemahan ini betulkanlah ye!

Pelajar ke empatbelas( Pelajar terakhir membuat persembahan) Stanly


Ning Baizura - Kecil-kecil cili padi. Suara anda sangat merdu.
Ajai - Kenapa nampak takut. Jangan takut pada saya. Anda mempunyai tone yang sedap dan saya tahu anda boleh menyanyi dengan lebih baik.
Kak Ogy - Saya dapat merasainya. Maksud lagu dapat dirasai. Persembahan yang paling baik untuk malam ini.


Setelah 14 pelajar Akademi Fantasia 6 membuat persembahan "Menuju Puncak" tibalah waktunya untuk penguguman siapakah pelajar yang disingkirkan. Pada mulanya apabila terdapat satu demi satu beg sehingga berjumlah tiga beg yang berwarna merah kesemuanya diletakkan di atas pentas, debaran terus berlaku. Seperti kedengaran deyutan jantung yang lebih pantas terasa dalam diri saya seolah-olah saya berada di atas pentas bersama-sama dengan 14 pelajar tersebut.


Akhirnya Pengacara AC Mizal mengumumkan pelajar yang tersingkir untuk konsert minggu pertama Akademi Fantasia musim ini adalah pelajar yang bernama Yana setelah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu "Diriku Tapak Sulaiman yang dipopularkan oleh Elyana. Dia menduduki tangga yang ke duabelas pada permulaan konsert dan dia merupakan pelajar yang pertama disingkirkan dalam konsert musim ini.


Jangan lupa untuk menonton Diari Akademi Fantasia t minggu kedua, bahagian pertama pada jam 6petang dan bahagian kedua pada 9 malam di Astro Ria Saluran 104. Marilah kita sama-sama undi pelajar kegemaran kita supaya mereka tidak akan tersingkir dalam konsert minggu kedua Akademi Fantasia 6 pada 29hb. Mac 2008 di siarkan secara langsung pada jam 9 malam.

Begitulah sedikit sebanyak yang saya ingat sewaktu saya menonton konsert pertama yang disiarkan secara langsung melalui Astro Ria Saluran 104 pada hari Sabtu yang lalu. Sekiranya terdapat kesilapan tentang ulasan konsert tersebut harap maafkan.


Pada Konsert Akademi Fantasia minggu pertama, Yana diumumkan mendapat undian paling rendah apabila undian ditutup. Ini bermakna gadis dari Perak ini menjadi peserta pertama yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia musim keenam.

Afundi selepas konsert pertama Akademi Fantasia 6

1. Stanly - 12%
2. Stacy - 12%
3. Nadia - 10%
4. Saida - 9%
5. Riz - 8%
6. Faisal - 7%
7. Naim - 7%
8. Rina - 7%
9. Alif - 6%
10. Toi - 6%
11. Nubhan - 6%
12. Ika - 4%
13. Lufya - 3%
14. Yana - 3% - pelajar yang tersingkir

Afundi terkini sehingga kini pada 24hb. Mac 2008

1. STANLY 13%
2. SAIDA 10%
3.STACY 10%
4. NADIA 10%
5. ALIF 9%
6. NUBHAN 9%
7. IKA 7%
8. NAIM 7%
9. TOI 6%
10. RIZ 6%
11. FAISAL 6%
12. LUFYA 4%
13. RINA 4%

Terima kasih kerana terus klik iklan dari nuffnang di sebelah kiri blog ini.

Online Visitors

Thank you for dropping by